Tiada yang lebih baik daripada menunggang kuda dalam keadaan yang tenang sambil berbual santai dengan seseorang. Hanya perbualan santai sahaja untuk menghabiskan masa sebelum matahari mula terbenam dan memilih tempat untuk berehat.
Walau bagaimanapun sejak jam tujuh tadi, Aurelia berasa tidak senang hati. Apabila dia bertanya kepada Damien, katanya dia merasa biasa sahaja tetapi mula berasa berjaga-jaga setelah mendengar kata Aurelia itu. Sementara Erix pula hanya memberikannya satu pandangan yang sukar dimengertikannya lalu mengangguk seolah-olah mengiyakan apa yang difikirkannya.
Aurelia segera duduk dengan diam tatkala Erix memberitahunya bahawa mereka patut berdiam diri sekarang. Kenapa? Dia sendiri tidak pasti kerana Erix tidak menjelaskannya dengan lebih lanjut. Namun begitu firasatnya mengatakan ada sesuatu yang tidak bagus sedang berlaku. Sejujurnya dia merasakan terdapat aura yang sama seperti semasa dia berada dalam hutan Adoria, tempat dimana dia ditikam dengan pisau beracun tidak lama dulu.
Sekarang Aurelia tertanya, adakah perkara sama akan berulang kembali? Malah mimpi yang dialaminya semasa dia tidak sedarkan diri juga kembali menerjah fikirannya.
"Kau.. diburu."
"Aku nampak diri dia dalam dirimu."
Itu sangat pelik dan menakutkan. Ia ayat yang sama dengan apa yang diucapkan oleh wanita yang menikamnya.
Oh, wait.. ini ke yang dimaksudkan 'Dendam yang lampau menghantuinya'? Kalau begitu mungkinkah ayat itu bermaksud diri Aria ada dalam dirinya? Dan dia juga sedang diburu oleh iblis itu. Ahh, semakin lama dia berfikir, semakin dia merasakan terdapat sesuatu yang telah dilupakan olehnya. Dia menjadi sangat pasti bahawa dia telah terlupakan sesuatu sejak membaca jurnal Erix.
Didalam jurnal tersebut, Erix ada menulis Aurelia pernah mengatakan bahawa memorinya diubah suai oleh Sarah selepas berlakunya satu kemalangan. Tetapi Aurelia didalam jurnal tidak menceritakan kemalangan apakah itu kepada Erix. Oleh itu, Aurelia hanya mampu mengeluh sahaja.
"Rea.." teguran Erix itu serta-merta menyedarkan Aurelia. "Mereka datang."
Damien segera mengeluarkan dua pedangnya manakala Erix pula nampaknya kelihatan serius. Raut wajah Erix itu jarang dilihat oleh Aurelia.
Syak syak syak
Syak syak syak
Bulu roma Aurelia terus merinding. Dia tahu bunyi apa itu. Tetapi dia berharap tekaannya salah sama sekali.
"Damien, bunyi apa itu?" Aurelia menggagahkan dirinya untuk menyoal dan kekal berada dekat dengan Erix dan Damien. "Itu bukan serangga, kan? Harapnya tak. Tolonglah."
"Rea, berita buruk. Itu memang serangga." Beritahu Erix.
Dug
Dug
DUG
Kik, kik, kirik
"Dan bukan serangga biasa. Ianya serangga semut gergasi." Sambung Erix.
Aurelia menghela nafas lega namun dia tetap berjaga-jaga dan bersedia. Nasib baik bukan lipas tadi. Lipas biasa pun dia takut, inikan pula lipas saiz gergasi.
"Betul itu." Damien bersetuju. "Kulit luar mereka sangat keras. Jadi kalau kita menyerangnya dengan pedang biasa, kulitnya sukar ditembusi. Mereka juga menyembur racun dari mulut. Yang membuatkannya makin sukar, mereka bergerak secara berkelompok. Ketua semut-semut ini pula bersembunyi dalam kalangan mereka dan memberikan perintah."
![](https://img.wattpad.com/cover/300281649-288-k425742.jpg)
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasíaPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...