Cp.15: Welcoming Ceremony

193 24 2
                                    

"Sungguh tidak disangka." Ujar Elias setelah kembali ke dalam bilik pejabat. "Macam mana awak lakukannya?"

"Aku cuma lakukan seperti yang Carlos dan Hoya katakan sahaja."

"Dengan gunakan spirit?"

"Tidak juga, aku cuma berlemah-lembut dengannya sahaja."

"Saya ada setuju dengan Carlos untuk awak lakukannya tapi tak sangka pula ia akan berjaya." Kata Elias sambil menyilangkan kakinya dan menongkat dagu dengan senyuman yang terkesan menggoda.

"Pendapat saya pula, Cik Aurelia ada vibe yang menenangkan kepada dia dan itu membuatkan dia berasa selesa dan selamat." Ujar si gadis elf. "Saya tak tahu nak terangkan macam mana, tapi ia bergelombang-gelombang, tak ia macam..." Dia terkelu cuba mencari ayat yang sesuai tapi ia hanya berakhir dengan jalan buntu. "Argh...tak tahulah macam mana terangkan." Keluhnya.

Gelombang-gelombang? Aurelia pasti ia ada kena-mengena dengan ombak dilaut. Bila difikirkan kembali dia adalah anak perempuan Raja Spirit Air, berkemungkinan besar itu ialah sebabnya.

"Oh, baru saya teringat. Kita belum lagi berkenalan dengan betul. Saya Reina, Reina daripada hutan hijau." Ucapnya dengan ceria.

Serentak itu, pintu pun dibuka oleh Hoya. Seorang lelaki elf datang memasuki bilik pejabat ini. Aurelia mengenali lelaki tersebut. Lelaki itu adalah elf yang dia pujuk tidak lama tadi. Kini dia sudah kelihatan kemas dan terurus. Rambutnya yang panjang itu telah diikat, membuatkan telinganya yang runcing jelas kelihatan. Kemudian dia melabuhkan punggungnya diatas sofa bersebelahan Aurelia.

"Macam mana keadaan kamu?" Elias menyoal lelaki elf itu.

"Kamu nak makan ke?" Reina pula menyoal.

Namun kedua-dua soalan tersebut langsung tidak dibalas. Lelaki elf itu cuma berdiam diri sahaja. Aurelia melihat lelaki tersebut dari hujung matanya dengan rasa ingin tahu. Meskipun pipi lelaki itu kelihatan sedikit cengkung, dia masih lagi terlihat tampan. Dia juga agak kurus, mungkin disebabkan dia telah berlapar beberapa hari. Sekiranya dia makan banyak sedikit selepas ini...

Dia mengalihkan pandangannya kearah Aurelia tatkala dia merasakan yang gadis itu merenungnya sejak dari tadi. "Ada sesuatu yang awak mahu katakan ke?" Soalnya.

"Uh? Well—saya tertanya, apa nama kamu?" Aurelia menyoal dengan pertuturan yang agak gugup.

"Saya dari suku kaum Sindar diutara, nama saya Damien." Jawabnya dengan senyuman. "Saya gembira yang awak bertanya."

"Ya..." Aurelia terkesima seketika. Pandangan lelaki itu secara tiba-tiba melembut apabila melihat dirinya. "Tapi saya rasa orang yang patut kamu balas budinya adalah Elias dan bukannya saya. Kerana dialah yang menyelamatkan kamu." Dia berkata sambil menunjuk kearah Elias namun Damien hanya memandangnya sekilas sahaja sebelum berpaling menghadap Aurelia kembali.

"Jadi kenapa? Bukankah awak berdua berada didalam pihak yang sama? Atau adakah awak berdua tidak mengenali satu sama lain?" Soal Damien.

"Oh, tidaklah. Kami berada dipihak yang sama."

"Kalau begitu, saya boleh membalas jasa awak dan ia tak akan menjadi masalah. Jika ia menguntungkan awak, ia juga akan menguntungkan dia. Betul, bukan?"

"Erk, mungkin..." Aurelia ragu-ragu bersetuju.

"Walaupun awak tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saya, awak tetap penyelamat saya. Tanpa awak, saya masih meragui mereka. Tidak makan apa-apa yang mereka berikan kepada saya dan tetap cuba mencari jalan untuk mati." Jelas Damien.

Mendengar sahaja penjelasan tersebut, Aurelia, Elias, Carlos, Hoya dan Reina terkedu. Ia kedengaran mengarut tapi pada masa yang sama ia kedengaran logik juga.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now