Cp.13: The Bellevue

223 27 0
                                    

The Magic Warehouse Bellevue.

Aurelia merenung seketika nama kedai yang terpampang di papan tanda kedai tersebut. Seingatnya, dia pernah pergi ke kedai ini dan membeli sesuatu. Ya, beberapa kertas teleport dan buku-buku berkaitan magik. Semalam, selepas sahaja dia mengucapkan selamat tinggal, Elias menyuruhnya untuk ke sini hari ini, dan ini membuatkan dia tertanya-tanya. Dia selalu datang ke sini ke? Atau dia mempunyai urusan disini?

Kemudian, Aurelia pun melangkah masuk ke dalam kedai dan berkata apabila terlihat wanita si penjual tidak jauh daripadanya. "Hello, saya nak jumpa Elias."

"Oh...! Elias!" Panggilnya namun bukan Elias yang menunjukkan diri. "Eh, Rowan..."

"Terima kasih, Stella." Ucap Rowan sambil melangkah menghampiri Aurelia. "Saya sangkakan yang awak akan datang pada waktu tengahari, tapi awak datang awal nampaknya. Mari ikut saya."

Disebabkan sebelum ini dia tidak menjelajahi keseluruhan dalaman kedai ini, Aurelia tidak perasan yang terdapat tangga dibelakang almari-almari ini. Tatkala tiba diatas pula, keadaan persekitarannya tidak jauh berbeza daripada tingkat bawah melainkan terdapat beberapa sofa yang kelihatan selesa berada disini. Mungkin tempat berehat.

"Jadi, Rowan. Kamu selalu datang ke sini? Atau kamu berkerja disini?" Soal Aurelia.

"Ya..." Rowan membalas sambil mengetuk pintu lalu membukanya. "Saya akan jelaskan lagi didalam."

Dari sini Aurelia terlihat ada seseorang bangkit dari kerusi tatkala pintu dibuka.

"Jadi, awak rupanya. Awak datang awal."

Aurelia terdengar suara Elias sejurus dia menapak masuk. Dia pun memperhatikan kawasan bilik ini. Bilik ini kelihatan seperti pejabat peribadi seseorang. Mungkin milik Elias kerana dia melihat lelaki itu duduk dikerusi berhadapan meja kerja sebentar tadi.

"Huh, kamu pemilik kedai ini ke atau apa?" Soal Aurelia yang masih keliru.

Sempat lagi Elias tertawa kecil sebelum membalas, "Saya akan beritahu awak semuanya, jadi sila duduk." Setelah mereka bertiga telah pun duduk dan air teh sudah dihidangkan oleh pekerja, dia berkata lagi, "Mungkin kita patut memperkenalkan diri secara rasmi. Saya mula dulu, nama penuh saya adalah Elias Bellevue."

"Bellevue? Bukan nama itu ada dekat..."

"Ya, saya juga pemilik kedai ini." Kata Elias seperti ia bukan hal yang besar dengan senyuman. "Tapi Rowan lah yang mencadangkan untuk membuat kedai ini. Dia juga bertanggungjawab ke atas semua kerja-kerja disini. Dia kata dia tak mahu jadi ketua, jadi dia letakkan saya dalam jawatan itu dan berkerja sebagai pembantu ketua."

"Ya, nama saya Rowan." Pendek sahaja Rowan memperkenalkan dirinya.

"Oh, nampaknya Elias ada nama keluarga dan kamu tidak, jadi adakah itu bermakna yang Elias seorang bangsawan...?" Soal Aurelia. "Dan nama Bellevue ini macam saya pernah dengar."

"Ya, betullah itu. Saya seorang Baron di Teskia. Peniaga yang berjaya." Ujar Elias dengan sedikit bangga. ( Baron ini macam pangkat Dato' gitu )

"Ah, patutlah macam pernah dengar. Nama saya pula adalah Aurelia Clarence."

Elias memandang Aurelia tidak percaya. "Clarence?!"

Aurelia mengangguk.

"Dari Teskia?!"

Sekali lagi Aurelia mengangguk.

"Oh, my...awak bangsawan rupanya, dan Clarence pula itu." Kata Elias. "Tunggu, ada tak sesiapa dalam keluarga awak yang menjadi seorang pakar magik dan penyeru?"

"Hm, ada. Ianya ibu saya."

"Apa nama dia?" Soal Elias.

"Aria, Aria Clarence."

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now