"Lilian, kau kenal Hecate?"
Lilian terus menoleh memandang Aurelia. Matanya terbeliak. Terdapat sesuatu yang aneh pada reaksinya.
Ianya ketakutan.
"Jadi ini bermakna aku betul.." ujar Aurelia, dingin.
Mendengarkan itu, Lilian terlihat bingung bercampur cemas lalu memberi satu pandangan terakhir kepada Aurelia sebelum menghilang.
Hanya bunyi air terjun menghempas air sahaja yang kedengaran pada waktu ini. Tempat itu mendadak tenang selepas pertarungan besar terjadi disitu sekejap tadi. Apalagi apabila Aurelia langsung tidak berganjak dari tempatnya berdiri, seolah-olah sedang termenung, memikirkan sesuatu.
"Siapa Hecate?" Tanya Caelus yang muncul tiba-tiba, dan membuatkan Aurelia berpaling.
"Hecate adalah termasuk dalam 13 iblis terkuat di alam mereka." Jawab Sulien.
"Untuk apa kamu tanya dia tentang iblis itu, Aurelia?" Soal Eliam yang memunculkan diri dihadapan anaknya.
Aurelia menundukkan pandangannya.
"Dan sekarang kenapa kamu elak pandangan ayah? Hah?"
Aurelia menghela nafas lelah. "Lia akan jelaskan malam nanti. Sekarang Lia penatlah."
"Penat? Dungu betul kamu ini. Kamu pergi lawan dia bila kamu tahu dia lebih cekap daripada kamu dalam elemen air--"
Eliam ingin meneruskan lagi bebelannya tetapi dipotong begitu sahaja oleh Sulien.
"Aurelia. Jangan peduli cakap ayah kamu itu. Dia risau saja itu. Dialah yang pertama gelabah bila dia nampak kamu terluka." Ucap Sulien sambil menghalang pandangan Eliam.
"H--hei!" Eliam ingin menolak Sulien ke tepi tetapi dia menahan dirinya kerana Sulien sedang memegang bahu anaknya.
"Ya, kamu tak tahu betapa susahnya untuk kami hentikan Eliam. Sulien berjaya hentikan dia selepas menunjukkan yang kamu nampak tenang." Cerita Sierra dengan ceria.
Sebagai balasan, Sulien mengenyitkan matanya.
Apapun, ayahnya nampaknya sedang berpeluk tubuh sambil cuba mengelak bertentang mata. Melihatkan itu, mood Aurelia segera bertukar bagus. Dan dia terus memeluk ayahnya.
"Ayah.. Lia ada rancangan tersendiri. Jadi ayah tak perlu risau. Tapi ayah boleh datang kalau Lia betul-betul dalam bahaya." Ujar Aurelia dengan lembut.
Aurelia berasa sedikit terkejut dan gembira apabila ayahnya langsung tidak cuba menafikan yang dia berasa risau tentang keselamatannya.
"Tapi aku tertanya." Caelus bersuara. "Kenapa kamu hanya biarkan dia menyerang kamu sedangkan kamu boleh kalahkan dia sejak dari mula?"
"Itu tak betul. Aurelia sememangnya tak boleh kalahkan spirit itu masa mula-mula tadi." Sangkal Sierra. "Tapi saya rasa itu memang rancangan kamu, kan?"
Aurelia mengangguk.
"Jadi kamu sengaja kalah?" Tanya Caelus.
"Tak juga.. saya cuba cari cara lain untuk kalahkan dia tapi.. sengaja tercedera memang ada dalam rancangan." Jawab Aurelia.
"Sengaja tercedera? Oh. Mungkin ke kamu hanya boleh aktifkan aura pedang kamu kalau kamu tercedera?" Teka Sulien.
"Betul itu."
"Hmm. Itu bermaksud kamu ada tenaga aura yang kuat. Hanya bila kamu tercedera sahaja barulah ia dikeluarkan. Itu juga bermaksud kekuatan biasa kamu lebih kuat berbanding makhluk lain disebabkan kamu mempunyai tenaga aura Raja Spirit." Jelas Caelus.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasiPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...