Cp.29: About the Spirit

123 20 2
                                        

"Ada sesuatu terjadi ke?"

"Apa yang berlaku tadi?"

Setibanya Aurelia di tapak perkhemahan mereka, Damien mengajukan persoalan kepadanya begitu juga dengan Erix.

"Huh? Kenapa?"

Erix menghela nafas seolah-olah baru mengalami sesuatu yang cukup memenatkan. "Tadi tiba-tiba ada gempa bumi. Angin kuat. Tempat ini hampir banjir dan tiba-tiba jadi panas. Saya terpaksa letak pendinding magik yang jauh lebih kuat untuk tahan semua itu. Dan itu mesti tenaga aura dari Raja-raja Spirit. Itulah kenapa saya tanya, apa yang berlaku tadi?"

"Ouh. Awak tahu tak sebab kenapa saya tak dapat kawal air disungai ini tadi sebab ada spirit air disini."

"Ah." Erix segera memahaminya. Sudah tentulah spirit itu adalah spirit yang dilahirkan daripada alam semulajadi.

"Tempat ini rumah dia, dan dia itu sombong. Peliknya dia langsung tak menghormati Raja Spiritnya."

"Sombong?"

"Ya. Pelik, kan?" Balas Aurelia sambil berjalan ke beg tidurnya.

"Ya. Memang pelik.." gumam Erix.

"Oh, ya. Tadi awak ada tulis sesuatu dekat jurnal awak, kan? Sebenarnya apa yang awak tulis? Kenapa saya tengok tadi lama sangat awak tulis? Takkanlah tentang perjalanan kita ke sini."

"Memang bukan pun." Erix tersenyum. "Saya akan bagi awak baca. Jadi awak akan tahunya esok." Ujarnya lalu mengenyitkan mata.

Keesokan paginya kabus yang terdapat di sepanjang laluan sungai dan kawasan hutan masih tidak menghilang malah menjadi semakin kabur kerana bercampur dengan embun pagi. Walau bagaimanapun, perjalanan mereka masih tetap diteruskan dengan belayar. Damien memberitahu bahawa belayar lebih cepat dengan bantuan Aurelia dan lebih selamat daripada berjalan merentasi hutan. Mereka tidak akan tahu sekiranya mereka berjalan ke dalam sarang raksasa yang jauh lebih berbahaya daripada anaconda. Bahkan mereka juga mungkin mengganggu sang naga.

Srash

Syuuu

Srash

Syuuu

Ketika ini Aurelia sedang membaca jurnal Erix seperti yang telah dijanjikan. Perlayaran mereka telah masuk tiga jam dan campur perlayaran semalam menjadikannya enam jam lebih. Dan pada waktu ini juga Aurelia telah selesai menghabiskan membaca jurnal Erix. Dan ia meninggalkan dirinya tidak terkata-kata.

"Erix. Terima kasih." Nada suaranya hampir tidak bernada. Jelas sekali dia masih berasa terkejut dengan apa yang baru dibacanya.

"Sama-sama. Awak perlu tahunya supaya awak tahu apa yang awak lawan."

Melihatkan reaksi Aurelia, Damien memegang tangan gadis itu untuk memberitahunya bahawa dia akan sentiasa berada disamping Aurelia serta untuk menenangkannya juga.

Aurelia membalas kebaikan Damien itu dengan senyuman sahaja sebelum, "Endairon."

"Huh? Kenapa awak tiba-tiba menyeru dia?" Soal Erix.

"Saya nak berjalan-jalan sekejap."

Erix mengangguk, tanda memahami maksud gadis itu. Mesti fikirannya berserabut dan memerlukan masa untuk memproses semua hal tersebut.

"Endairon, jaga mereka. Zale.."

Seekor kuda yang dicipta daripada air muncul. Endairon dan Zale adalah sangat berbeza. Zale menyerupai seekor kuda sementara Endairon pula terlihat seperti seorang lelaki yang berbaju putih-kebiruan hampir seperti ayahnya.

"Mari kita pergi." Ujar Aurelia selepas menaiki kuda spirit air tersebut.

"Hati-hati." Ucap Damien sebelum Aurelia berlalu pergi.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang