Dia berjalan di koridor gelap dan panjang. Langkah kakinya bergema dan dia tidak melihat sesiapa pun disini. Kemudian koridor marmar ini semakin meluas apabila dia terus melangkah kehadapan.
Satu-satunya sumber cahaya disitu adalah lampu minyak tanah yang dipegangnya ketika ini. Meskipun keadaan disini kelihatan gelap namun dia tetap meneruskan langkahnya. Ada sesuatu yang dia cari tapi pada masa yang sama, dia tidak tahu apa yang dicarinya.
Tiba-tiba dia terdengar pula langkah kaki seseorang dibelakangnya. Dia mahu berhenti akan tetapi fikirannya menggesa agar dia terus berjalan tanpa berpaling. Tidak lama itu, satu lagi bunyi muncul. Bukan bunyi tapak kaki, tetapi bunyi suara seseorang.
"Kau...diburu."
Akhirnya dia berhenti. Dia seperti pernah mendengar ayat itu namun bila?
"Aku nampak diri dia dalam dirimu."
Pernyataan itu menjadi persoalan dimindanya dan apabila dia ingin bertanya, tiada apa-apa yang terkeluar daripada mulutnya.
Sejurus selepas itu, lantai tempatnya berdiri bergegar secara tiba-tiba. Kesudahannya, lantai itu pecah. Tiada apa-apa di bawah lantai itu kecuali kegelapan. Ia adalah satu perasaan yang aneh baginya tatkala dia mula jatuh ke bawah. Bila dia terfikir mahu mengatakan sesuatu, sebuah cahaya muncul dihadapannya.
Kelopak mata Aurelia mula dibuka dan cahaya lampu disini hampir membuatkan dia buta untuk seketika sebelum pandangannya bertukar jelas. "Ugh..." Keluhnya. "Aku dimana ini? Oh, aku berada dibilik aku." Dia menjawab persoalannya sendiri. Kemudian, segala memorinya semasa berlawan pedang dengan orang yang memperdagangkan hamba, terlintas difikirannya. Lalu dia segera memegang perutnya. "Eh, aku tak rasa sakit lagi." Gumamnya.
"Kamu dah bangun."
Suara seseorang mengejutkan Aurelia, lalu dia pun menoleh. 'Eh, Caliana. Tapi suaranya berbeza sikit? ' Fikirnya.
"Tidakkah kamu kata kamu mahu periksanya tadi? " Soal burung spirit itu.
Dan ia membuatkan Aurelia tertanya siapakah yang burung itu soal. Namun kemudian dia tahu siapa gerangannya apabila Eliam muncul secara tiba-tiba sambil menyilangkan lengan. Setelah tinggal bersama lebih daripada dua minggu, dia boleh perasan yang ayahnya ini kelihatan malu-malu walaupun tidak ketara.
Aurelia perlahan-lahan mengalihkan pandangannya tatkala teringat apa yang berlaku sebelum ini. Dia memanggil lelaki itu ayah, bukan?
"What the.." Tindakan Aurelia itu membuatkan Eliam merenung tajam ke arahnya. Lalu dia mendekati gadis itu dan mengangkat tangannya untuk melastik dahi Aurelia seperti sebelum-sebelum ini. "Kenapa kamu pandang tempat lain?"
"Apa ini? Orang baru saja sedar, tiba-tiba je nak lastik dahi orang." Ujar Aurelia sambil mengurut perlahan dahinya.
"Tsk tsk."
Secara tidak dijangka burung spirit itu memotong lengan Eliam.
Aurelia tercengang dengan tindakan Caliana untuk seketika sebelum melihat lengan ayahnya yang sudah terlihat seperti air itu. 'Dia, dia baru sahaja potong tangan raja spirit jadi dua ke?! Caliana?! ' Dia rasa berterimakasih kepada Caliana kerana menghalang ayahnya agar dapat melastiknya lagi, namun boleh ke spirit bertaraf tinggi lakukan itu kepada Raja Spirit? Sekarang, dia mula rasa takut bagi pihak Caliana.
Burung itu cuma tersenyum sahaja kepada Eliam dan Eliam pula hanya merenung tajam ke arah burung tersebut.
"Untuk apa itu? " Soal Eliam sambil mewujudkan semula tangannya.

YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasyPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...