Aurelia menghela nafas. Akhirnya mereka telah berlabuh disatu pantai di Arlanta. Yang pastinya pantai ini nampak indah dan bersih serta hanya hutan sahaja disekeliling pantai itu. Itu bermakna ini bukanlah kawasan manusia. Tambahan pula terdapat sebuah gunung disini. Aurelia pernah membaca, Dwarf kebiasaannya tinggal dikawasan pergunungan. Oleh itu, adakah ini bermakna mereka akan ke perkampungan dwarf?
"Hei, Aurelia! Damien!" Panggil Jaison yang sedang duduk diatas sehelai tikar. "Marilah sini!"
"Oh, jom kita ke sana, Damien." Ajak Aurelia.
"Tak apalah. Awak pergilah dulu. Saya nak pergi ke sana sekejap." Jawab Damien.
Aurelia melihat seketika tempat yang Damien pandang sebelum membalas, "okey. Bye." Sambil memberi lambaian kecil.
"Damien pergi mana?" Soal Jaison tatkala Aurelia sudah berada di sampingnya.
"Entahlah. Rasanya dia nak tengok pantai agaknya."
"Kalau begitu, jom kita baring-baring rehatkan diri. Kalau kat kapal itu, tak sedap baring bila kapal kadang-kadang jadi terumbang-ambing." Jaison kemudian berbaring diatas tikar. "Oh, ya. Boleh tak aku bagi kau nama panggilan?"
"Kenapa?"
"Aurelia itu panjang sangatlah. Apa kata aku panggil kau Rea atau Relia? Okey tak?"
"Suka hati kau. Aku okay je."
"Okay. Jadi jom kita berehat sekarang." Kata Jaison sebelum menutup mata.
Aurelia berasa hairan sejenak. Hanya mereka sahaja yang sedang bersantai disini. Manakala yang lain pula sedang sibuk mengangkat barang. "Um, Jaison."
"Hmm?"
"Tak ke kita patut tolong diorang?"
"Dengar sini. Inilah cara kita tolong diorang."
"Huh? Tolong apa? Tolong tengok?"
"Tolong rehat. Kau pun tahu semua orang ada tugas masing-masing. Kalau kita cuba tolong diorang, kita akan bagi masalah saja. Kita ini masih belum banyak pengalaman. Jadi kita diam-diam je."
"Ouh.. macam itu."
"Ya, macam itu. Lagipun kita kena berehat selagi boleh sebab lepas ini kita akan daki gunung."
Aurelia mengangguk tanda memahami. Kemudian dia pun menyelesakan diri. Dia hampir ikut berbaring bersama-sama Jaison tetapi tertahan tatkala terlihat Erix berjalan menghampiri Damien.
Entah apa yang mereka bicarakan tetapi dia ternampak Erix menunjuk ke arah Timur dan Damien mengangguk.
"Um, arah Timur.." Aurelia berfikir. "Hei, Jaison." Panggilnya sambil menepuk lengan Jaison. "Di Timur ada apa?"
"Hah? Timur. Situ? Situ kalau tak silap aku ada Misty River. Dalam bahasa melayunya sungai berkabus. Kenapa--"
Aurelia terpana. Sungai berkabus? Bukan kabus ada dalam ramalan ke? Dan tunggu, berlayar bersama dengan pahlawan setia dan melihat kabus yang tak berpenghujung. Ada tak kemungkinan sungai berkabus adalah yang dimaksudkan dalam ramalan itu, dan pahlawan setia itu, mungkinkah..
"Jaison..! Lepas sungai berkabus ada apa?" Soal Aurelia tanpa melepaskan pandangannya ke arah Timur sambil menarik-narik tangan Jaison.
Jaison yang sudah ke kiri ke kanan hanya mampu pasrah. "Rea, manalah aku tahu. Aku gagal Geografi."
"Lepas sungai berkabus ada perkampungan sindar elf."
Suara seorang lelaki berbisik di telinganya, membuatkan Aurelia tersentak dan terjerit kecil. "Oh, Erix."
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasíaPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...