"Apa maksud kau?" Aurelia cuba berpura-pura tidak tahu.
"Dan awak adalah orang yang saya cari-cari selama ini."
Aurelia hanya berdiam diri, atau lebih tepat lagi menunggu; menunggu untuk lelaki itu melakukan sesuatu seperti menyerang dan lain-lain. Tetapi memandangkan tiada apa-apa yang berlaku bahkan ayahnya juga diam tidak berkata apa-apa, rasanya lelaki ini tidaklah berbahaya.
Walau bagaimanapun, dia perlu keluar daripada kolam ini. Ia terasa agak janggal untuk berbual dalam keadaan begini.
"Kenapa?" Aurelia akhirnya bertanya.
"Saya tahu tentang ramalan itu."
"Ramalan? Tentang apa?"
"Oh, awak masih belum tahu tentangnya?"
"Belum tahu? Aku tak pernah dengarnya pun. Tentang apa ramalan itu?"
"Ah ya, mestilah. Ianya tentang awak, anak perempuan Raja Spirit Air--"
Pada waktu itu juga, air didalam kolam secara tiba-tiba bergelojak dan berpusar ke atas sebelum membetuk seseorang; Raja Spirit Air itu sendiri.
Aurelia hanya mengeluh perlahan. Dramatik sungguh; fikirnya.
"Kamu adalah separuh iblis. Kamu tidak berhak untuk berkata tentang ramalan." Eliam berkata dengan lantang.
"Dan separuh elves-manusia serta sedikit campuran fairy." Lelaki itu menjawab dengan tenang.
Aurelia agak kagum dengannya kerana menjawab dengan santai kepada Raja Spirit.
"Nama saya Erix Astor. Saya pakar magik dari menara."
Erix Astor. Aurelia akan mengingati nama itu.
"Saya meneka yang anak tuanku masih belum tahu tentang hal itu, kan?"
Tidak ada balasan daripada Eliam. Oleh itu, Erix meneruskan kata-katanya.
"Jadi, tuanku patut beritahunya sekarang. Sebab ia berkaitan dengan takdir dunia."
Aurelia terus memandang ayahnya. "Apa maksudnya? Ada ramalan tentang Lia? Dan ayah tak beritahu? Kenapa? Bahaya ke?"
Namun Eliam tidak menjawab persoalan Aurelia. "Bagaimana kamu tahu tentang ramalan itu? Hanya raja dari empat negara, ketua menara magik dan para raja spirit sahaja yang tahu tentang hal itu. Jadi, bagaimana?"
"Sebenarnya saya sudah melihat masa hadapan."
Kata-kata itu benar-benar mengejutkan lagi-lagi bagi Aurelia. Eliam pula semakin berjaga-jaga dan mula berada disamping anaknya.
"Sebelum itu, biar saya cerita apa yang berlaku sebelum ini. Saya adalah seorang pakar magik yang mengkaji perjalanan masa. Secara tak sengaja saya disedut masuk ke dalam salah satu lingkaran magik yang saya kaji. Disitu, saya melihat segalanya dari perspektif diri saya di masa hadapan. Nak dipendekkan cerita, pihak iblis hampir memperoleh kemenangan dan dunia berada diambang kemusnahan, begitu juga dengan dunia spirit. Dunia spirit sedang nazak, dan disebabkan itu Raja-raja spirit--"
"Kembali ke dunia spirit untuk memulihkannya."
Secara tidak dijangka, suara seorang wanita menyambung kata-kata Erix. Dia adalah seorang wanita yang berambut coklat dan memakai cheongsam dengan kain yang labuh di pinggangnya.
"Sierra.." Eliam menyebut nama wanita itu.
"Itu.." Aurelia terlihat aura spirit yang datang daripada wanita itu. "Raja Spirit Tanah ke?" Bisiknya kepada ayahnya.
"Oh, jadi kamulah anak Eliam itu. Kamu sangat comel, bukan macam Eliam."
"Sierra, kenapa kamu ke sini?" Soal Eliam dengan tenang. Kemudian, dia terlihat dua lagi muncul. "Dan Caelus! Sulien! Kenapa kamu berdua pun disini?!"
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasyPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...