Cp.34: The Calm Before The Storm

106 16 0
                                    

"Sayang sekali yang makhluk campuran itu tak dapat cari tahu siapa dan apa yang membuatkan kuasa jahat itu wujud."

"Maksud aunty, Erix?"

"Ya. Lagipun ianya mantera kuno yang hampir tiada sesiapa tahu." Ucap Sierra.

"Hampir tiada siapa yang tahu? Jadi siapa-siapa yang tahu selain kamu berempat?" Soal Aurelia.

"Mestilah para dewa dan iblis-iblis yang telah lama hidup. Tapi iblis-iblis itu berkemungkinan bukan dalangnya kerana mereka ada hubungan baik dengan para dewa." Jawab Sierra.

"Tapi mereka masih boleh lakukannya. Iblis tetap iblis." Sangkal Caelus. "Dan terdapat beberapa makhluk, macam naga dan elf yang tahu tentang mantera itu."

Dan seperti itu sahaja suasana dibilik itu menjadi senyap. Seolah-olah mereka semua sudah tenggelam ke dalam fikiran masing-masing, memikirkan apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak.

"Well, kita tak boleh nafikan yang Aurelia ada keupayaan untuk merancang strategi perlawanan, kan?"

Entah kenapa Aurelia merasakan Sulien sedang cuba menukar topik.

"Ya. Nampaknya Aurelia ada keupayaan itu."

Aurelia tidak berfikir apa yang dikatakan oleh Caelus itu adalah satu pujian. Itu terdengar sebagai penyedap hatinya sahaja.

"Tapi aku tertanya.. apa yang kamu bisikkan pada spirit air itu?" Soal Caelus.

Aurelia cuba berlagak biasa. "Urm, bagi kata-kata je."

"Hmm, rasanya kita bertiga patut pergi sekarang. Saya pasti yang Eliam dan Aurelia ingin berbicara berdua." Kata Sulien.

Caelus nampaknya seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi ditahannya lalu memberi satu pandangan yang mempunyai maksud kepada Eliam sebelum menghilang. Sulien dan Sierra pula hanya mengucapkan selamat malam dan memberikan senyuman sebelum turut menghilang.

Kemudian, hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam bilik ini. Aurelia ingin mengatakan sesuatu namun apabila terlihat Eliam yang nampaknya sedang termenung memikirkan sesuatu, dia pun memendamnya. Bukannya dia ingin merungut tetapi bukan ke ayahnya terlalu senyap? Sebelum ini Eliam lah yang membuat kecoh sekiranya terdapat Raja-raja Spirit lain disampingnya, lagi-lagi Caelus.

Lalu, seperti perasan dengan pandangan anaknya terhadapnya, Eliam bertanya, "Apa?"

"Ah.. cuma.. ayah kenapa? Senyap je dari tadi. Ayah risau ke?"

"Siapa cakap ayah risau?" Nampaknya Eliam sendiri terkejut bagaimana dia membahasakan dirinya sebagai 'ayah'. Mungkin selama ini dia sendiri tidak menyedarinya. "Sudahlah. Aku akan pergi--"

Lantas, seolah-olah berasa malu dengan hal tersebut, Eliam cuba pulang ke dunia spirit. Namun ditahan oleh Aurelia yang memegang tangannya.

"Tunggu..! Boleh tak kita bercakap lebih lama lagi?" Tanya Aurelia. "Boleh, kan ayah?"

Dia tahu apa yang panggilan itu akan buat kepada Eliam. Itulah kenapa dia melakukan pandangan yang sukar untuk Eliam menolak.

Eliam mengeluh. "Ya, boleh.." lalu kembali duduk disebelah anaknya. "Apa yang kamu nak cakap?"

"Ianya tentang.." Aurelia sedikit ragu-ragu untuk berkata, "ayah ada dengar kan apa yang Lia dengan Lauriel bualkan malam semalam?"

"Oh.. itu yang kamu nak cakap rupanya.." Eliam tersenyum sinis, tetapi ia tidak terkesan jahat malah ianya senyuman yang terkandung kesedihan yang cuba disembunyikan.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now