Cp.51: The Memory of The Past and Future

174 15 2
                                    

"Hai, Aurelia."

Aurelia terpana seketika. Dewa itu sememangnya tampan, tapi itu tidak penting sekarang. "Well, pertama sekali, saya nak minta maaf sebab berkata yang bukan-bukan kepada kamu.."

"Tak apa. Walaupun aku begini, aku sebenarnya baik hati dan dermawan."

Satu perkara yang Aurelia dapat simpulkan daripada interaksi mereka, dewa cahaya sangatlah santai. "Yang kedua, selama kamu berada disini, kamu gunakan mana aku ke?"

"Ya, betul itu. Disebabkan ada perintah larangan yang dewa dan dewi tidak boleh turun ke bumi selama lima tahun kecuali diseru, aku akan guna mana kamu."

"Jadi, aku boleh halau dia balik sesuka hati akulah ini." Gumam Aurelia tetapi Aether masih mendengarinya.

"Hei, kamu betul-betul tak sopan orangnya." Walaupun begitu Aether tidak terlihat marah, dan hanya menunjukkan raut wajah terasa sahaja.

"Maaf. Jadi, itu bermakna aku ada tenaga suci?"

"Kalaupun kamu tiada tenaga suci, tenaga aura raja spirit dalam badan kamu setaraf dengan tenaga suci anak-anakku, malah mungkin lebih lagi."

"'Anak-anakku'" Aurelia tidak dapat menahan mulutnya daripada bertanyakan soalan tersebut.

"Ya, anak-anakku." Aether menjawab dengan senyuman. "Keluarga diraja Arlanta datang daripada susur galur keturunanku."

Sekiranya Aurelia sedang minum air ketika ini, pastinya ia akan tersembur keluar disaat mendengar pengakuan tersebut. Terdapat banyak persoalan yang timbul tetapi dia memutuskan untuk tidak bertanyakan tentang hal itu.

Sebenarnya Aether hanya memberikan rahmat kuasanya kepada seorang manusia yang bangsawan. Yang mana mempunyai takdir yang hebat, iaitu menjadi raja sebuah negara yang berkuasa. Itulah sebabnya keluarga diraja mempunyai ciri-ciri yang sama sepertinya. Seperti warna rambut dan warna mata. Namun dia tidak ingin menjelaskan dengan lebih lanjut kepada gadis itu.

"Sudah cukup kita berbicara tentang itu. Kamu memanggilku mesti sebab kamu ingin bilah rahmat seperti yang disebutkan dalam ramalan, kan? Jadi beri pedang kamu. Aku dengar kamu pendekar pedang."

Walaupun sedikit bingung, Aurelia tetap mengambil pedangnya dari poket dimensi dan memberikannya kepada Aether. "Jadi betullah kata Cedric yang semua bilah boleh menjadi bilah rahmat." Bisiknya sendiri.

"Hm, mhm~" Aether hanya mengangguk sendiri. Walau bagaimana perlahan pun gadis itu berkata dia tetap mampu mendengarinya.

Sewaktu pedang Aurelia telah berada dikedua tangan Aether, dia menatapnya untuk seketika. Pedang ini agak ringan, tetapi ia masih berat bagi mereka yang tidak pernah mengangkat pedang sebelum ini. Berat pada bilah dan pemegangnya juga sempurna. Terdapat ukiran dedaun dan flora pada penghadang antara pemegang dan bilah. Bilahnya juga tajam dan berkilat.

"Pedang yang bagus." Puji Aether. Sejurus selepas itu, dia memejamkan matanya.

Pada pandangan Aurelia, dewa itu sangat menawan, malah terdapat senyuman kecil yang bermain dibibir dewa itu seolah-olah mengetahui apa yang difikirkannya.

Pada waktu itu jugalah, pedang Aurelia mula bercahaya dengan aura putih. Butir-butir putih yang kelihatan seperti habuk-habuk kecil bertebaran disekitar pedang tersebut sebelum ia kembali sediakala.

"Selesai." Aether memberikan semula pedang itu kepada pemiliknya.

"Eh. Sekejapnya."

"Yelah. Nak lama-lama buat apa?"

"Erm, terima kasih.. dewa cahaya."

"Sama-sama. Tapi panggil saja aku Aether. Lebih selesa macam itu."

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now