Pada malamnya, Aurelia memutuskan untuk pergi berjumpa dengan wanita elf itu. Ianya tak apa-apa, kan? Lagipun dia telah memberitahu Erix tentang hal ini serta bertanyakan tentang identiti elf itu. Katanya wanita elf itu adalah makciknya yang pernah mengembara bersama manusia dahulu dan dia juga bernama Lauriel.
Well, itu melegakan. Mungkin elf itu ingin memberitahunya sesuatu.
Akhirnya, Aurelia tiba di sebuah taman tebu yang mempunyai satu kawasan lapang ditengahnya, berdasarkan arah yang diberitahu oleh Damien. Pokok-pokok tebu itu juga tidak tumbuh dengan banyak namun ia ditanam secara membulat hampir mengelilingi kawasan lapang tersebut.
Walau bagaimanapun, Aurelia tidak melihat sesiapa pun disini. Hanya dia serta angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil membawa daun sahaja.
Hmm, mungkinkah dia salah tempat? Atau mungkin dia datang lebih awal daripada Lauriel?
Fwoosh
Tetapi kemudian dia merasakan satu angin bertiup dengan pelik dibelakangnya sebelum--
Swooshh
Aurelia segera beranjak ke tepi. Lalu dia cuba melihat dengan teliti susuk seseorang yang muncul secara tiba-tiba itu. Namun sebelum sempat dia meneliti betul-betul, susuk wanita itu menyerang lagi. Dan kali ini Aurelia akan cuba menyerang kembali. Fikirannya secara automatik berfikir ini mungkin adalah satu ujian. Oleh itu, dia tidak menarik keluar pedangnya.
Kemudian, Aurelia cuba melepaskan satu tumbukan tetapi ditahan begitu sahaja. Sekali lagi dia melakukannya dengan menyasarkan bahagian perut tetapi ditepis lalu dia terus menunduk membuat sapuan kaki namun wanita itu melompat.
Aurelia mula terdesak, atau pergerakkannya mula kelihatan semakin mendesak dan terburu-buru. Libasan disisi dan diatas langsung tidak mengena malah cara wanita itu mengelak amatlah lincah serta menepis serangannya tanpa menggunakan kedua-dua tangannya dengan serentak.
Pergerakan wanita itu pantas apabila menyerang dan dia bernasih baik dapat menahan serangan tersebut. Lantas Aurelia segera membalas serangan akan tetapi serangannya dikunci dan dagunya ditahan untuk menghalangnya mara kehadapan.
Untuk sesaat mereka bertentang mata sebelum Aurelia mengangkat sebelah tangannya untuk menangkap pergelangan tangan wanita itu. Lalu memusingkan lengannya namun wanita itu dengan lincahnya melepaskan diri dengan berputar mengikut arah pusingannya dan menarik lalu menolak Aurelia.
Aurelia berpaling melihat wanita itu. Ianya adalah Lauriel! Kini baru dia dapat melihatnya dengan betul berdasarkan cahaya dari bulan. Nafasnya yang tidak teratur sebentar tadi cuba ditenangkan semula sebelum mengambil posisi berlawannya. Lauriel juga tampaknya sudah terlihat bersedia-- tidak. Wanita itu sememangnya sudah bersedia dari awal. Dia saja yang lalai.
Lantas dengan satu langkah besar, Aurelia segera melepaskan tumbukan dikiri dan kanan tetapi ditahan dan ditepis malah lengannya juga ditangkap sebelum dadanya ditolak ke belakang.
Aurelia merengus tanpa sedar dan mengambil posisi sekali lagi. Genggaman dikedua tangannya nampak terlalu erat sehingga warna kulitnya hampir berwarna putih kemerahan.
Sekali lagi Aurelia melepaskan tumbukan tetapi kali ini dia akan menyasarkan pada bahagian perut sebelum ianya ditepis sekali lagi. Namun dia sudah menjangkakan hal itu lalu dia terus membuat tendangan yang menyasarkan pada bahagian kepala. Tetapi Lauriel menghalang dengan kedua tangannya dibuat 'X' sebelum dia menendang bahagian pinggang Aurelia dan membuatkan dia terjatuh.
Aurelia bangkit dan kini posisi berlawannya sedikit berlainan berbanding tadi. Kekudanya tampak lebih besar dan genggaman tangannya digenggam dengan lebih erat.
![](https://img.wattpad.com/cover/300281649-288-k425742.jpg)
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasíaPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...