Cp.1: Aurelia Clarence

557 44 26
                                    

Dia melihat dirinya didalam cermin. Tiada riak rupa gembira yang dipamerkan olehnya. Rambut hitamnya yang lurus telah dipotong pendek seperti seorang lelaki. Tapi kemudian wajah tanpa ekspresinya itu berubah menjadi jengkel. "Ini semua salah lelaki tak guna itu." Ujarnya geram. "Kalau bukan sebab dia, rambut Lia tak akan jadi pendek macam inilah!"

"Ya, ya, Aurelia sila bawa bertenang..." Lembut nada suara wanita itu cuba memujuk bersama senyuman yang dia tidak mampu sorokkan.

"Sudahlah! Lia nak pergi jalan-jalan ditasik nanti."

Untuk seketika suasana didalam bilik Aurelia kedengaran senyap dan sunyi. Ia terlihat seperti masa telah dihentikan disebabkan mereka tidak bergerak seolah-olah sedang memfokuskan sesuatu.

"Cik, mereka sudah pergi."

Pemberitahuan yang maid peribadinya suarakan itu membuatkan Aurelia dan wanita yang bercakap dengannya tadi menghembus nafas lega.

Maid yang berdiri disebelah pintu itu juga turut menghela nafas lega. Ianya mengambil masa juga untuk orang-orang diluar pintu tadi berlalu pergi daripada bilik cik mudanya. Dia memang sudah faham benar dengan perangai tuan orang-orang tadi.

Selepas sahaja melakukan sesuatu yang buruk terhadap cik mudanya, dia akan menghantar orang-orangnya untuk mencuri dengar perbualan mereka. Kononnya, sebagai langkah keselamatan.

"Elena."

Maid itu tersentak sedikit dan segera membalas. "Ya?"

"Ambilkan persalinan yang tidak terlalu banyak lapisan hari ini." Kata Aurelia sambil membelek dirinya dihadapan cermin dengan senyuman.

"Baik, cik."

Wanita yang hanya memerhatikan Aurelia sedari tadi pun berkata, "Kamu nampak gembira, Lia. Kamu benar-benar sukakan gaya rambut baru kamu itu ke?"

Aurelia berpaling. Ekspresi wajahnya kini kelihatan lembut dan ceria kali ini. "Well, Sarah. Orang kata kalau potong rambut ini bermakna kita cuba meneruskan hidup tanpa terganggu dengan masa lampau dan terima kasih kepada lelaki tak guna itu, Lia ada alasan untuk potong rambut."

Sarah cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Lelaki tak guna yang dimaksudkan oleh Aurelia itu adalah Aiden iaitu sepupunya atau lebih tepat lagi, cucu Aurelia, jika mengikut pangkat dalam keluarga. Malah kalau diikutkan dirinya adalah seorang anak buah bagi Aurelia. Ini semua disebabkan ibu anak gadis itu ialah separuh manusia dan separuh elf.

Elf mempunyai hayat hidup yang lama berbanding manusia. Ibunya juga adalah Countess Clarence sebelum ini sebelum diganti oleh atuk Aiden.

Dan ini semua membuatkan Sarah terkenangkan tentang kisah kelahiran Aurelia. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku jika dia tidak sampai tepat pada masanya. Ianya amanah daripada arwah Aria agar dia menjaga anaknya sekiranya suaminya bertindak diluar kawalan. Suaminya itu juga bukanlah seorang manusia, maka ianya sedikit logik bahawa raja itu tidak memahami keinginan Aria untuk memiliki zuriat.

Mungkin disebabkan mereka berdua telah lama berkahwin namun mereka tidak mampu memiliki anak sehingga bertahun-tahun kemudian yang membuatkan Aria mengambil tindakan yang akan mengambil nyawanya.

Tambahan lagi, Aria pernah berkata kepadanya bahawa dia dan suaminya sangat berbeza. Suaminya, iaitu Raja Elemental Air ialah makhluk abadi dengan kuasa yang mutlak manakala Aria hanyalah seorang makhluk yang akan mati juga pada suatu hari nanti. Oleh itu, apabila dia pergi sekurang-kurangnya ada seseorang yang mempunyai sebahagian dirinya menemani suaminya.

"Sarah~ nak ikut tak?" Soal Aurelia.

"Ah..." Sarah tidak sedar yang dia mengimbau kisah lampau sehingga tidak perasan yang gadis itu telah pun siap menyalin pakaian. "Tidak, saya cuma akan menunggu kamu disini."

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now