Cp.18: Raja Elemental Angin

217 28 7
                                    

Rumah Aurelia berada didasar laut, jadi dia tidak berfikir ribut akan sampai ke situ. Tapi kalau pun boleh, dia pasti yang dinding perlindungan yang dibuat oleh Eliam disekitar rumah akan melindunginya.

"Saya dah balik..!" Ucap Aurelia sejurus dia membuka pintu rumah.

"Selamat kembali." Ucap Sulien.

Eliam menoleh melihat anaknya untuk seketika sebelum berkata, "Kamu mesti suka menghabiskan masa disana."

"Eh?" Aurelia bingung. Mengapa ayahanya berkata begitu secara tiba-tiba? Tapi dia agak terkedu juga apabila perasan yang nada suara ayahnya tadi kedengaran sedikit kecewa dan marah meskipun ia cuba disembunyikan.

Sulien hanya tertawa kecil selepas sahaja mendengar kata-kata Eliam tersebut. Dia faham benar kenapa Eliam mengatakan hal seperti itu. "Aurelia, ayah kamu ini cuma rasa sunyi yang ka..."

"Sulien! Tutup mulut kau."

Sulien langsung tidak mengambil hati malah menyambung tertawa apabila melihat reaksi rakannya itu.

Aurelia cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Kemudian dia pun melangkah masuk ke dalam biliknya selepas meminta diri dari Eliam. Setelah bersiram dan makan, dia mengambil keputusan untuk berlatih cara menggunakan kuasa elementalnya. Dia tidak seberapa faham bagaimana ingin menggunakan air sebagai salah satu kaedahnya untuk berlawan, bahkan ayahnya berkata ada banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memahiri kuasa elementalnya ini. Namun dia tahu bahawa air akan bergerak mengikuti kehendaknya.

Entah berapa lama dia bermain-main dengan air dan membuat pelbagai bentuk, Aurelia terdengar pintu biliknya diketuk dari luar sebelum dibuka.

"Aurelia." Panggil Sulien.

"Ya, kenapa?"

"Kamu nak ikut kami tak? Ada sesuatu yang menyeronokkan untuk dilihat."

"Nak!" Aurelia segera bersetuju disebabkan dia berasa bosan, lagipun dia masih belum rasa mengantuk. "Tapi dimana ayah? " Soalnya apabila tidak melihat kelibat ayahnya diruang tamu sebelum keluar dari rumah.

"Dia sudah pergi dulu." Balas Sulien dengan senyuman sambil memimpin tangan Aurelia ke tempat yang dituju.

Mereka berdua berada didalam air ketika ini. Oleh itu, Aurelia mula terfikir yang Raja Spirit bebas untuk ke mana-mana walaupun tempat yang mempunyai elemen bertentangan dengan mereka. Ianya mengagumkan.

"Kita dah sampai." Beritahu Sulien tatkala mereka berdua telah pun berada dipermukaan air.

Fwoooosh

Seperti yang dijangka, angin bertiup agak kuat disini. Aurelia pun duduk diatas air apabila Sulien mengatakan tempat ini ialah tempat yang sesuai. Persoalannya, mengapa mereka perlu duduk disini? Apa yang menyeronokkan disini? Lagipun kenapa spirit-spirit air dan angin yang kecil seperti pari-pari kelihatan takut dan terus berundur tatkala air laut mula berombak-ombak.

Lalu Aurelia melihat arah yang pari-pari itu pandang. "Huh? Ayah?"

Dengan kilat sabung-menyabung diawan kelabu, air laut yang semakin bergelora dan bunyi hempasan ombak yang ganas, Eliam berdiri dengan mata yang merenung tajam ke arah langit dihadapannya sambil menyilangkan kedua lengan.

Bunyi guruh kedengaran tapi itu langsung tidak mengganggu Eliam. Sementara Aurelia sudah tidak terkata-kata melihat ayahnya. Apa yang membuatkan ayahnya itu kelihatan begitu... marah? Mustahillah dengan dirinya, dan apabila dia menoleh melihat Sulian, Raja Spirit Api itu cuma tersenyum-senyum sahaja.

"Uncle, kenapa ayah disini? " Soal Aurelia.

"Biarkan saja dia. Mood dia sekarang tidak bagus. Kamu akan tahu juga kenapa, jadi tidak perlulah kamu rasa resah." Balas Sulien dengan tenang.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now