Cp.48: Masquerade Ball

68 10 0
                                    

Bunyi tayar kereta kuda berpusing mulai kedengaran dan kereta kuda yang Aurelia dan Rosette naiki mula bergerak. Aurelia sempat melambai Damien sebelum kenderaan yang dinaikinya melepasi pagar rumah agam datuknya.

Suasana di dalam kereta kuda itu luar biasa senyapnya. Sebelum memasuki kereta itu dan sebelum melepasi pagar, Rosette lah yang bercakap tentang itu dan ini berkaitan majlis tari-menari masquerade. Tentang topeng muka mereka serta gaun mereka.

Tapi ketika ini, dia senyap. Seolah-olah sedang memerhatikan orang yang turut berada didalam kereta kuda itu bersamanya. Aurelia hanya mengendahkan sahaja renungan itu.

"Kau dah tahu, kan?" Rosette menyoal secara tiba-tiba.

"Apa maksud kau?"

"Jangan pura-pura tak tahu. Mustahil mereka tak beritahu kau."

Aurelia hanya bersikap tenang. 'Mereka' yang dimaksudkan pastinya Raja-raja Spirit. "Jadi, kenapa kau tak serang aku?"

"Kau fikir aku bodoh? Serang kau secara berdepan hanya akan merugikan aku, dan kau juga tak boleh serang aku. Kalau kau buat, ia hanya akan buatkan kau sengsara." Rosette tersenyum sinis.

"Oh. Samalah macam aku. Kau fikir aku bodoh? Aku tahu kau ada helah lain kalau aku buat apa-apa yang buruk pada kau."

Meskipun mereka tidak bersuara selepas itu, namun suasana tegang yang tercipta tidak menghilang.

"Biar aku tanya kau soalan." Rosette bersuara. "Kau betul-betul fikir dengan berada dekat aku, kau dapat kalahkan aku ke? Kalau kau fikir begitu, kau salah. Ia hanya akan jadi lebih mudah buat aku."

Aurelia tersenyum. Senyuman yang terlihat seakan mencemuh Rosette. "Kau lupa ke? Aku tak sendiri."

"Oh, kita tengok nanti."

"Aku nantikannya."

Perjalanan mereka seterusnya hanya diisi dengan kesenyapan. Kedua-dua mereka memandang sisi tingkap yang bertentangan. Tidak lama kemudian, mereka mulai masuk ke dalam perkarangan istana. Terdapat banyak kereta kuda yang baru sampai seperti mereka.

Dan, pada ketika kereta kuda mereka berhenti dihadapan pintu istana, Aurelia bersuara.

"Rosette, aku nak tanya kau satu soalan. Apa jadi dengan Carmilla sekarang?"

Rosette tersenyum. "Dia dah mati."

Serentak itu pintu dibuka oleh pemandu, dan Rosette yang pertama keluar selepas memakai topeng mukanya. Lalu diikuti oleh Aurelia.

.・   ゜゜・ ・  ゜゜・.

Di dalam dewan istana yang telah diisi oleh para bangsawan serta mereka-mereka yang dijemput, terdapat satu balkoni yang berada didalam dewan tersebut ditingkat satu. Bakoni yang mempunyai beberapa kerusi mewah dan di duduki oleh keluarga pemilik istana tersebut.

"Anakanda tertanya.. mengapa ayahanda memilih tema masquerade sedangkan ini majlis bersempena dengan tahun ke seribu dewa cahaya merahmati negara kita?" Soal seorang putera yang diyakini adalah Lucian Oswald, merangkap putera mahkota kerajaan Arlanta.

"Ia akan jadi pelik kalau ayahanda kata bagai ada seseorang berbisik untuk memilih tema itu kepada ayahanda, tetapi itulah kebenarannya." Jawab Erudian tanpa perasaan.

Lucian tersenyum nipis. "Hm, ia sememangnya pelik."

Pada masa yang sama, Aurelia memandang mereka setelah menjumpai susuk orang itu seusai dia melangkah masuk ke dalam dewan istana.

'Jadi, itulah Erudian..' fikir Aurelia.

Rosette telah pun meninggalkannya. Namun Aurelia tidak berasa apa-apa malah bersyukur.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now