"Oh, Rosie. Datuk nak bercakap sikit dengan Rea. Tak apa, kan?"
"Tak apa. Nanti kita jumpa lagi masa makan malam. Bye datuk, bye Rea." Ucap Rosette dengan ceria sebelum berlalu pergi.
"Dia sememangnya comel, kan? Apapun, sesiapa tolong tunjukkan dia biliknya, ya." Ujar Adonis kepada para pembantu rumah yang berada berdekatan mereka. "Baiklah, mari Rea."
Kemudian, Adonis membawa Aurelia ke sebuah bilik. Berdasarkan rak-rak buku dan sebuah meja yang berada dibilik ini, rasanya ini ialah bilik pejabat. Mesti milik datuknya.
Adonis berjalan ke belakang mejanya dan membuka sebuah laci selepas membuka kuncinya. Dia mengeluarkan satu sampul surat berwarna coklat yang sama saiz dengan kertas A-4.
"Datuk tak tahu apa isinya, tapi apa yang datuk tahu, ini surat yang ibu kamu tulis untuk kamu. Ambillah masa kamu untuk membacanya. Tapi jangan lupa kita kena makan malam sama-sama malam ini."
"Baiklah, datuk. Terima kasih."
Apabila Aurelia masuk ke dalam bilik yang telah ditunjukkan oleh seorang pekerja, dia terlihat semua barang-barangnya telah dibawa masuk ke sini. Bilik ini juga cantik. Ia terlihat sangat nyaman dan selesa. Berdasarkan bagaimana ia dihias, rasanya bilik ini pernah dimiliki oleh seseorang.
Lalu Aurelia duduk disebuah kerusi yang ada disitu dan berhati-hati membuka gam yang menutup sampul tersebut agar tidak terkoyak. Setelah itu, dia pun mengeluarkan isinya. Terdapat dua ke tiga helai kertas. Rasanya surat ini ditulis lebih panjang berbanding surat yang ibunya beri melalui ayahnya sebelum ini.
Kemudian, Aurelia pun mula membaca surat tersebut:
[ Hai, anakku.
Tahniah sebab berjaya sampai ke sini. Mesti kamu terkejut kan lepas tengok wajah datuk kamu. Rupa ibu dengan datuk kamu sangat serupa. Agaknya gen datuk kamu kuat. Jadi mama tertanya-tanya macam manalah rupa anak mama?
Tapi itu bukanlah apa yang mama nak tulis sebenarnya. Kamu mesti sudah tahu siapa Carmilla, kan? Mama harap Eliam sudah menceritakan serba sedikit apa yang berlaku dahulu kepada kamu. Nak cakap mama kecewa, tak juga. Tapi mama sedih sebab tak dapat bantu Carmilla. Ia bukan seratus peratus salah dia.
Dahulu, semasa pertama kali mama berjumpa dengan Carmilla, dia seorang yang pendiam. Mama lah yang terpaksa mulakan perbualan dulu. Tapi lama-lama itu kami jadi rapat sebab kami ada banyak minat yang sama.
Mama tak percaya yang Carmilla membenci mama pada mulanya. Kalau kamu tak percaya, cuba pergi atau tanya ayah kamu tentang The Sad Cave yang ada di Eurasia. Penduduk yang tinggal berdekatan gua itu panggil gua itu adalah The Love and Trust Cave. Sesiapa yang masuk ke dalam gua itu tak boleh keluar tanpa ada rasa cinta dan kepercayaan antara satu sama lain. Tidak kisahlah cinta antara kekasih, cinta antara sahabat atau cinta antara keluarga.
Dan kami berjaya keluar daripada gua itu dengan lancar.
Itulah sebabnya mama tak mahu kamu anggap Carmilla orang yang jahat. Tapi itu tak bermakna mama cakap tindakan dia itu betul. Hanya saja sebab mengapa dia melakukan perkara ini yang kamu perlu pertimbangkan.
Mama tak pasti apa yang telah berlaku pada Carmilla. Mama tak tahu juga sama ada dia masih hidup atau tidak. Tapi yang pasti, firasat mama kuat mengatakan bahawa dialah salah satu punca mengapa ramalan itu wujud. Dan nama iblis yang Carmilla seru itu adalah Hecate.
Jadi, mama percayakan setiap tindakan kamu. Maafkan mama kerana meminta kamu menamatkan apa yang mama dan Carmilla telah mulakan. Mama sangat-sangat meminta maaf. Mungkin hasrat mama untuk melihat kamu walaupun sedetik tidak tercapai adalah hukuman buat mama. Itulah yang terkandung dalam perjanjian yang ibu lakukan dengan iblis itu.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasíaPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...