bab 1

9.2K 258 17
                                    

Ruangan bilik atau lebih tepat mereka
panggil gym sudah dipenuhi oleh lima orang jejaka muda.Masing-masing kelihatan sedang sibuk membina badan.Disebabkan mereka berlima jenis tidak suka berkongsi barang,
bilik kosong yang terdapat di dalam rumah,
Tengku Aaron jadikan sebagai gym.

Setiap hujung minggu mereka pasti akan berkumpul disini.Tidak kira sama ada
untuk lepak atau bersenam.Mereka bukan
lagi remaja yang hanya tahu menghabiskan masa.Setelah berjam-jam mengeluarkan peluh,mereka akhirnya berhenti berehat.

Melepaskan penat lelah.

Sofa yang terletak di hujung dinding
menjadi tumpuan utama.Kelvin mencapai sebotol air lalu diteguk rakus.

Melimpah-limpah air keluar melalui
hujung bibir lalu turun ke halkum.
Dengan posisi berdiri sambil bercekak
pinggang,Kelvin tika ini kelihatan agak
hot.

"Penatnya."Ezra melepaskan lelah.Wajah kepenatan kawan-kawannya dikerling
lewat ekor mata.Baru kali ini mereka
dapat berkumpul ramai-ramai begini.

Tengku Aaron dan Kelvin semakin hari
semakin sibuk menguruskan syarikat.

"Mana tak penat kalau dah berbulan-
bulan tak perbetulkan urat."Tengku Aaron membalas ringkas seraya mengelap peluh.

Ben dan Adrian pula sekadar angguk
sebelum berborak lebih panjang.Namun
tidak sampai lima minat,ada kelainan dapat dirasai membuatkan mereka sama-sama mengalihkan pandangan ke satu arah.

Adrian,Ben dan Ezra memandang
Tengku Aaron.Nyata,lelaki itu turut
sama memandang mereka.Yang jelas
bukan mereka bertiga sahaja naik hairan,Tengku Aaron turut sama.

Tidak menafikan semenjak kebelakangan ini,Kelvin lebih banyak menyendiri.Jauh berbeza dengan Kelvin yang dulu.Cuma anehnya,bila salah seorang daripada
mereka mengajak untuk berjumpa dia
tidak membantah pula.

Dan..

Bila mereka bertanya,jawapan Kelvin
seolah-olah acuh tak acuh.Selama ini
mereka cuba untuk berfikir secara positif,
barangkali Kelvin tertekan akibat kerja.

"Woi!Jauh kau termenung."Setelah
terasa bahunya disentuh barulah Kelvin berpaling memandang teman-temannya.
Dia tersenyum nipis.Malu bila ditangkap secara terangan.

"Semenjak dua menjak ni kitorang musykil betul dengan kau.Suka termenung,bila orang
ajak lepak kau boleh pulak join.Nak kata ada isteri tak pula.Yang kahwin tu cuma Si Aaron sorang je.Kau ada masalah ke?"Soal Adrian
prihatin.

Sedangkan dalam hati sudah meronta-ronta ingin tahu masalah apa yang membelenggu fikiran Kelvin.

Kelvin buang pandangan.Kepala sedia
digelengkan.

"Hm..Nothing."Bila mana memperoleh jawapan itu,mereka berempat sama-sama
memutarkan mata ke atas.

Baik tak payah tanya kalau macam tu!

Kelvin ketawa halus.Sehelai tuala yang dicampak oleh Ben disambut cekap.Oleh kerana tidak mahu terlalu memaksa,
perbualan yang tertangguh sebentar tadi disambung kembali.

Banyak perubahan dapat dilihat
sekarang,lebih-lebih lagi Tengku Aaron.
Lelaki itu tidak lagi nakal lagi kecuali jika bersama dengan Amanda.Tengku Aaron sekarang lebih kepada seorang suami bertanggungjawab.

Ben,Ezra dan Adrian?

Masih lagi nakal cuma tidak serancak
dulu.

"Kau macam mana first day masuk kerja,
okey tak?."Soal Tengku Aaron kepada Ben.
Walaupun sudah dapat meneka balasan
lelaki itu.Mereka semua kenal dari kecil,
jadi sebagai sahabat,Tengku Aaron mahir dalam mengenali sikap masing-masing.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now