bab 11

1.8K 131 2
                                    

Meja yang berselerak dengan dokumen dikemaskan rapi.Kemudian,jam yang
terdapat di dinding dikerling sekilas.
Harus diingatkan sebelum pulang,dia
harus menjemput Bella di taska terlebih dahulu.

Mujurlah hari ini tiada sebarang meeting
diadakan.Kalau tidak,belum tentu sekarang
Kelvin sudah dapat pulang.

Tali leher yang terikat kemas dileraikan
lantas lengan baju disising hingga ke siku.

Setelah itu,Kelvin menapak keluar.

"Eh,boss nak balik dah ke?"Soal Nurul tika tersedar akan satu susuk tubuh datang
hampir mejanya.

Demi menjawab pertanyaan Nurul,
Kelvin sekadar berdeham.

Mendapatkan jawapan tersebut,kelam-
kabut Nurul mengemaskan fail yang berada
di atas meja.Tas beg turut dicapai.

"Kalau boss tak keberatan boleh hantarkan
saya balik?Memandangkan pagi tadi kereta
saya buat hal,jadi hari ni saya datang dengan grab.Bila nak balik ni rasa macam takut lah
pulak."Suara sengaja dikecilkan.

Mudah-mudahan lelaki itu terpikat.Waktu
beginilah adalah waktu paling sesuai untuk
dia rapatkan hubungan di antara mereka.

Kalau boleh,Nurul mahukan hubungan
mereka lebih daripada boss dan pekerja.

Sekilas,Kelvin berpaling ke belakang.

"Maaf,saya dah lambat nak pergi jemput
bakal isteri saya."Sesaat kemudian,Nurul terkesima.

Dia yang sedari tadi asyik tersenyum
terus berubah raut wajahnya.Nurul
angarkan lelaki itu sekadar bergurau,
namun bila diperhatikan seraut wajah
Kelvin.

Nyata,lelaki itu tiada masa untuk bergurau.

Nurul ketap bibir.Satu tawa dilepaskan.
Tawa kekecewaan.

"Kenapa saya tak tahu pun boss nak
kahwin?!"Akibat terlalu kecewa dengan
apa yang diberitahu Kelvin buatkan dia
tidak sengaja menaikkan intonasi suara.

Apa selama ni lelaki itu sudah buta?
Masih tak nampak-nampak dia yang
setia menunggu lelaki itu.Kalau mahu
bercakap soal kecantikan,Nurul juga
apa kurangnya.Tutup aurat pun ia.

Apa lagi yang lelaki itu mahukan?

Spontan,kening Kelvin dijongket tinggi.

Tidak tahu sama ada gadis ini pura-
pura lupa atau memang betul-betul
dia tak nampak.Segala layanan yang
diberikan oleh Nurul selama ini,Kelvin
sekadar anggap itu dilakukan disebabkan
memang tugas gadis itu sahaja.

Tidak kurang,tidak juga lebih dari itu.
Selama dia mengambil Nurul menjadi
pembantunya,tidak pernah sekalipun
Kelvin jatuh cinta dengan gadis itu.

Kejam?

Dah memang itu hakikatnya.

Mulut Kelvin sudah terbuka ingin
membalas namun suara orang lain
yang terkeluar.

"Kenapa Kelvin,ada masalah ke?Dari
muka pintu lagi aku dah dengar suara
bising."Di ruangan tersebut didatangi
oleh Adrian.Dan di belakang lelaki itu
diikuti Ezra dan Ben.

Masing-masing koyak dengan
senyuman sinis.Khas buat Nurul.

Tidak sia-sia kedatangan mereka disini.
Pada awalnya,Ezra yang merancang supaya
mereka datang ke pejabat Kelvin semata-
mata hendak menganggu Nurul.

Tapi tak sangka pula yang mereka dapat
menyaksikan pertelingkahan antara mereka
berdua.

Senyuman ketiga jejaka tersebut dibalas dengan jelingan mata.Telah dia katakan bahawa dia benar-benar alergi dengan
mamat tiga orang ini.Menyakitkan hati.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now