bab 15

1.9K 113 1
                                    

Langkah diatur perlahan menghampiri
si isteri yang sedang berborak bersama
kedua anak lelaki mereka.Entah apa yang
diborakkan mereka.Yang pasti,hanya si
isteri yang beria-ria berceloteh sedangkan
si anak menatap tunak wajah Mama mereka.

Beberapa minit setelah itu,suara ketawa mereka bertiga kedengaran membuatkan
bilik tidur yang sunyi mula terisi dengan
tawa halus mereka bertiga.

Seketika,Tengku Aaron mengelengkan
kepala.Bersyukur kerana dia masih dapat
melihat pemandangan indah sebegini setiap
hari.

Dan dalam pada masa yang sama,dia juga
turut meletakkan harapan agar momen ini akan sentiasa menemani dirinya sehingga akhir hayat.

Pada hari minggu,berbanding keluar
bersiar-siar,Tengku Aaron lebih gemar
meluangkan masa bersama isteri dan
anak-anak di rumah.

Bukan selalu dapat bersama mereka.
Hari lain sibuk dengan kerja.Dapat
jumpa anak bini hanya pada waktu malam.
Ada kalanya,Tengku Aaron terpaksa pulang
lewat malam dek kerana perlu menyiapkan
kerja dalam masa yang singkat.

Mujur dia dikurniakan seorang isteri yang
sentiasa memahami akan kesibukan setiap
aktivitinya.Sekalipun Amanda tidak pernah
merungut mahupun mengeluh.

Namun itu bukanlah jalan bagi dia untuk terlepas pandang.

Katil yang menempatkan kesayangannya
dihampiri.

"Sayang."Perlahan,si isteri diseru.Melihat
ruang kosong pada pangkuan kanan Amanda,
Tengku Aaron melabuhkan kepala di situ.

Setelah itu,jemari isterinya dicapai lalu
dibawa ke bibir lantas dikucup lama.Dan
Amanda pula,sekadar membiarkan.Hidung
suaminya ditarik,manja.

Anak-anak dibawa ke pangkuan kiri.
Lenguh lah dia buatnya.Tapi dia tidak kisah.Buat selalu dapat bermanja dengan mereka ini.

"Geli lah abang."

Apabila Tengku Aaron bertindak mengigit
jari telunjuknya,Amanda berusaha menariknya kembali walaupun pegangan tangan suaminya terlalu erat.

Nampak macam lelaki itu langsung tak
nak lepaskan,untuk kesekian kalinya,
Amanda terpaksa membiarkan sahaja.

Wajah yang bebas tanpa sebarang jambang,
Amanda usap perlahan.

"Minggu depan kita pergi majlis kahwin
Kelvin tau,sayang."Spontan,pergerakan
tangan Amanda terhenti.Pergerakan mata jatuh pada segenap wajah kacak suaminya.

Melihat pada lirikan mata Tengku Aaron,
nampak sangat lelaki itu tidak bermain
dengan kata-katanya.

Kelvin?

Mana mungkin dia dapat lupakan lelaki
yang satu-satunya berada di sisinya ketika
dia pernah dibuang oleh Tengku Aaron suatu
ketika dahulu.

Cuma tak sangka selepas mereka,Kelvin
pula yang menyusul.

"Kelvin,kawan abang yang handsome itu,
kan?"Panjang muncung Tengku Aaron
setelah mendengar perkataan handsome
yang baru sahaja terbit dari bibir isterinya.

Ini yang tak ada mood ini.

"Untuk pengetahuan sayang,abang seribu
lebih kacak berbanding Kelvin tu.Dan sayang
pula,tidak dibenarkan memuji mana-mana
lelaki selain suami sendiri.Kelvin tu dah nak
kahwin,jadi biar bakal isteri dia sendiri yang
puji dia."

Amanda simpan senyum.Dah anak dua
pun masih nak cemburu dengan dia.

Haih...abang.Sayang bukannya puji tapi
cuma bagitahu perkara sebenar aje.

Dah memang betul Kelvin itu kacak,nak
nafikan macam mana lagi.

"Tapi seriuslah yang Kelvin tu dah nak kahwin?Setahu sayang,dalam kalangan
kawan-kawan abang,Kelvin lah yang paling
susah melekat dengan perempuan.Pelik
juga sayang bila abang bagitahu dia dah nak kahwin.Lainlah kalau Adrian,Ezra atau Ben.
Yang itu sayang tak pelik."

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now