Hari yang dinanti-nantikan oleh semua
orang akhirnya telah pun tiba.Setelah
dua puluh lima tahun menghabiskan masa bersendirian,tinggal beberapa jam lagi statusnya akan bertukar menjadi suami orang.Dalam pada dia masih terkial-kial berusaha
mengubah diri kepada lebih baik,Mama dan
Papa pula sengaja meletakkan tanggungjawab
yang begitu berat di atas bahunya.Dia tidaklah sampai menyesal atas perkara
telah terjadi,cuma dia bimbang sekiranya
dia tidak mampu memegang amanah yang
telah diberikan.Suami ini ialah ketua keluarga.Ketua yang
akan membawa contoh baik-baik kepada pengikutnya sendiri.Dah kalau hidup ketua sendiri masih terumbang-ambing,mampukah dia mengawal anak buahnya?Tiba-tiba dia teringat semula bait bicara
Bella pada malam semalam..."Saya harap bila kita sudah
disatukan nanti,awak boleh terima segala keburukan saya."Bella pandang Kelvin dengan satu
pandangan yang sukar ditafsirkan.Bila diingat kembali,sebagai wanita, boleh dikatakan dirinya terlalu banyak
dengan kekurangan.Jangan cakap isteri,untuk menjadi
wanita seperti wanita di luar sana
pun dia belum tentu layak.Bukan apa,yang paling dirisaukan adalah bila mana Kelvin tidak dapat menerima segala kekurangan dia.
Tidak semua lelaki boleh menerima
perempuan liar seperti dia.Kelvin tersenyum manis.Bahkan
Kelvin juga tidak cepat melatah.
Sebaliknya pandangan Bella dibalas dengan pandangan cukup lembut."Saya terima sepenuhnya.Mana ada
manusia sempurna dalam dunia ni.
Saya sendiri pun ada kekurangan.
Bukankah perkahwinan itu adalah
salah satu cara melengkapi antara
satu pasangan tersebut?"Kalau awak sendiri risau akan kekurangan diri awak terbongkar,
apatah lagi saya,Bella.Tak dapat saya bayangkan macam mana dengan hubungan kita suatu
hari nanti bila semuanya terbongkar.
Ini bukan diri saya yang dulu.Saya yang dulu lebih teruk berbanding sekarang.Dalam diam,Kelvin menyambung.
Kelvin beristighfar perlahan.Dada turut
diusap.Jangan serabutkan kepala dengan
perkara sekecil itu.Kalau dulu dia sering
yakin melakukan perkara yang dibenci,
kenapa sekarang dia perlu rasa takut?Butang baju terakhir dikacing kemas.
Songkok yang masih yang berada di dalam kotak lantas dikeluarkan.Lalu dipakaikan
di kepala.Majlis akad nikah diadakan di rumah
pengantin perempuan.Manakala majlis
resipsi diadakan di hotel kepunyaan keluarga
Ben.Kedua majlis itu diadakan pada hari yang
sama sekaligus.Kelvin melabuhkan duduk di birai katil.
Wajah diraup berkali-kali.Cuba bertenang
tetapi tidak juga berjaya.Tok..Tok..Tokk
Kelvin tersentak setelah pintu biliknya
diketuk dari arah luar.Kemudian,dia
lontarkan pandangan pada arah tersebut.Tidak beberapa lama kemudian,di sebalik
pintu kayu biliknya muncul empat jejaka
yang begitu segak memakai baju melayu
serta bersongkok.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...