bab 32

947 38 3
                                    

Selepas seminggu diberikan cuti
sempena perkahwinannya,mulai
esok rutin harian Bella akan kembali
kepada biasa.

Haih...

Bila dah bercuti lama ini,rasa macam
malas pula nak masuk kerja.Itu belum
termaksud lagi perlu menghadap kerja-
kerja yang bertimun yang ditinggalkan
selama seminggu itu.

Selama seminggu tersebut,mesti
banyak kerja yang perlu Bella siapkan.
Ada ketikanya,pernah terdetik di hati
untuk dia meletakkan jawatan.

Menjadi guru bukanlah satu perkara
yang pernah dia impikan suatu ketika
dahulu.Memperoleh perkerjaan ini pun
disebabkan dia sekadar mencuba nasib.

Indai kata masa boleh diputar kembali,
Bella akan lebih memilih kerjaya sebagai model.Bermula dari minat semenjak kecil
sehingga dia pernah menyimpan hasrat
untuk menjadi seorang model terkenal
di mata dunia.

Tidak pernah sekalipun,Bella terlepas
menonton pertunjukkan model di kaca
TV.Cuma yang menjadi penghalang
minatnya adalah kedua ibu bapa Bella
sendiri.

Ibu melarang keras dia menyertai mana
-mana kelas model yang ditawarkan di
internet.Kata Ibu,dia tidak suka bila
anak gadisnya menjadi tontonan
umum.

Melihat sang isteri yang sedang
duduk di birai katil sambil mengelamun,
membuatkan langkah kakinya menjadi
ringan menghampiri isterinya.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung
di sisi Bella,dengan perlahan Kelvin
mencapai tangan isterinya.Entah apa
yang difikirkan sampaikan dia yang
berada di sebelah,Bella masih tidak
menyedarinya.

Bella tersentak.

"Bella?Jauh termenung?Ada
apa-apa yang awak nak kongsi
dengan saya?"

Dengan cukup lembut dan penuh
kerisauan,Kelvin bertanya.Seiring
dengan itu,jemari Kelvin mengusap
kening Bella dengan penuh kasih
sayang.

Mana tahu dengan tingkah dia
sebegini membuatkan Bella rasa
selesa hendak berkongsi masalah
dengannya.

Namun,isterinya itu sekadar
mengelengkan kepala.Satu
senyuman kelat diberikan
sebagai balasan bagi pertanyaan
suaminya.

"Saya nak pergi gosok baju kerja
sekejap."Bella menunjukkan baju
kebaya yang berada di tangan.

Entah kenapa,Bella rasa tidak penting
untuk dia berkongsi tentang keinginan
yang satu itu kepada suaminya.

Itu kerana Bella dapat merasakan
bahawa respon Kelvin akan berlainan
dengan apa yang diharapkan.

Yeah..Walaupun Kelvin pernah
bagitahu yang segala keinginan Bella
akan lelaki itu turuti.Namun sekiranya
Bella suarakan tentang impiannya
untuk menjadi seorang model terkenal
sehingga sanggup berhenti kerja.

Bella berani potong jari,suaminya
itu tidak akan sesekali benarkan.
Jangan fikir dalam lembut Kelvin
tiada tegasnya.

Baru sahaja berdiri dan belum
sempat kaki melangkah,baju kebaya
yang berada di tangan sudah dirampas
oleh Kelvin dengan bersahaja.

"Tak apa.Biar saya tolong iron baju
kerja awak."Ucap lelaki itu ringkas.

"Janganlah.Tadikan awak dah masak
makan malam.Siap kemas rumah lagi.
Sekarang ini bagilah saya pulak yang
buat kerja."

Bella semakin tidak senang dengan
sikap Kelvin yang suka melayan dia
seperti seorang ratu.Boleh dikatakan
segala perkerjaan rumah yang memang
perlu dilakukan oleh kaum isteri,Kelvin
yang mengambil alih.

Bahkan itu dilakukan dengan penuh
sempurna.Bella sendiri pun masih
terkial-kial lagi.

Kelvin terdiam untuk seketika.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now