Sang suami yang pada ketika itu
kelihatan sibuk melipat kemudian
memasukkan pakaian mereka ke
dalam bagasi,dipandang dengan
satu senyuman di bibir.Sedangkan dia pula,sedang santai
berbaring di atas katil sambil berpeluk
tubuh.Bukan Bella tidak menawarkan diri
untuk membantu,cuma suaminya
itu sahaja yang melarang keras dia
melakukan sebarang pekerjaan.Katanya Kelvin...Bila berada disini,
Bella tidak perlu melakukan sebarang
perkara kerana dia sebagai suami,yang
akan uruskan segala benda.Dari pakaian besar sehingga pakaian
dalam Bella sendiri,suaminya itulah
yang uruskan.Melihat Kelvin sedang
melipat pakaian kecilnya,wajah Bella
tiba-tiba berona merah.Malunya...
Bangkit.Bella kemudiannya
menghampiri suaminya.Pedulikan
reaksi tertanya-tanya Kelvin,tanpa
segan silu,Bella duduk bersila disisi
lelaki itu."Laa..kenapa duduk dekat bawah
ini?Pergilah naik atas.Sekejap lagi
saya menyusul.Ini...sikit lagi nak
siap."Ucap Kelvin sambil mencapai
sehelai baju lalu dilipat."Bosanlah duduk sorang-sorang.Tak
ada kawan nak ajak sembang.""Saya kan ada.Kenapa dari tadi
tak ajak saja saya sembang."Kelvin mengelengkan kepala.Tidak membenarkan isterinya turut serta
mengemas ketika anak matanya
tertangkap pergerakan tangan
Bella yang perlahan-lahan ingin
mencapai sebahagian pakaian yang
belum siap dikemas."Memanglah ada,tapi jarak kedudukan
kita jauh.Awak dekat bawah.Saya dekat
atas.Tak seronok nak bersembang dari
jarak jauh."Sengaja Bella menciptakan
alasan sedangkan dia sendiri sebenarnya
tidak boleh berjauhan dengan Kelvin.Sejenak...Wajah isterinya dipandang
dengan kening terjongket.Dia tertawa
kecil dengan alasan yang dicipta Bella.Pipi Bella dicubit lembut.Menyeringai
Bella bila diperlakukan sebegitu."Sakit..."Bibir dicebik.Tak sakit mana
pun,tapi sengaja nak mengada."Kenapa saya rasa malam ini
isteri saya makin manja.Ada apa-
apa ke?"Duga Kelvin.Sikap isterinya bukanlah manja
begini.Walaupun mereka sudah
bergelar suami isteri selama
tempoh satu bulan.Akan tetapi,
pada pengamitan Kelvin,Bella
masih kelihatan kekok untuk
bermanja atau bermesra berlebih-
lebihan dengannya.Hujung baju dipintal-pintal.Bella
tersimpul malu."Terima kasih untuk petang
tadi."Ucap Bella tiba-tiba.Sebelum mereka kembali pulang
ke chalet,Bella diminta untuk
menunggu sebentar di bawah pokok kelapa.Sementara Kelvin,berlari
menuju kembali ke arah kiosk yang
menjual aiskrim tadi.Agak lama Bella menunggu,namun
tidak lama selepas itu,dari jauh Bella
sudah dapat mengesan satu sosok
tubuh lelaki kelihatan sedang
menghampiri ke arahnya.Dan yang paling mengejutkan,
Kelvin kembali bersama dua batang
aiskrim di tangan.Demi tuhan,Bella sendiri tidak
percaya bahawa suaminya sanggup
membayar tiga kali ganda daripada
harga sebenar hanya semata-mata
ingin menunaikan permintaan
isterinya.Dan oleh kerana proses pembuatan
aiskrim memakan masa agak lama,
Kelvin terpaksa menunggu sehingga
makanan manisan itu siap diproses.Kelvin tersenyum kecil.Pipi isterinya
dicubit sekali lagi.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...