Dress labuh pada bahagian kaki diangkat sedikit sewaktu dia hendak menuruni anak tangga.Dengan berhati-hati,Bella menuju tingkat bawah.Selama dua jam berdandan,
dia akhirnya siap mengayakan sehelai dress hitam.Malam ini,pakaian Bella agak kelihatan sopan berbanding hari lain.Rambut pula sengaja dia sanggul tinggi dan membiarkan lebihan pada bahagian telinga.Tidak lupa juga akseseori yang lain seperti subang,rantai dan gelang."Jomlah pergi.Bella dah siap."Tanpa bersalah,Bella tuturkan kata.
Hampir sahaja dia ketawa melihat raut
wajah ibu dan ayah.Tersenguk-senguk menahan mengantuk.Kalau dibiarkan lama lagi harus mereka sudah tidur disini.Tanpa menunggu lama,mereka bangkit berdiri lalu menapak keluar.Bella menyaingi langkah ibunya.
"Aduh ibu!Kenapa cubit Bella ni?
Sakitlah."Seketika,Bella menjerit kesakitan.Lengan yang baru sahaja dicubit
Puan Ana digosok-gosok.Pun begitu,
cubitan ibu tetap meninggalkan kesan
pada bahagian itu."Itulah upah kamu sebab bersiap lama sangat.Mengantuk ibu dan ayah tunggu kamu.Pergi makan aje pun,bersiap mengalahkan mak datin."Pintu kereta belakang dibuka.Memandangkan malam ini,lokasi yang hendak dituju adalah
tempat yang masa.Mereka bercadang
ingin menggunakan satu kereta sahaja."Mestilah kena pakai cantik-cantik.Kata
nak pergi jumpa bakal suami."Spontan bibir menuturkan sebaris ayat yang membuatkan hujung bibir Puan Ana tersenyum penuh makna.Wajah anaknya direnung melalui cermin belakang.
Menyedari itu,Bella cepat-cepat melontarkan pandangan ke luar tingkap.
"Jadi,kamu dah setujulah kan dengan cadangan ibu?"Duga Puan Kay.
Bella mengeleng laju.
"Bella belum cakap setuju lagi.Cuma Bella
janji akan bagi jawapan selepas kita balik
dari makan malam nanti."Perlahan Bella berkata.Encik Razman yang sedari tadi hanya
diam sempat berkongsi pandangan
bersama isterinya.Dia memang jarang berkongsi pendapat bersama anaknya itu kerana segala urusan diserahkan kepada isterinya.Berbanding dengan dia,isterinya itu
lebih tegas.Sedang Puan Ana sibuk berborak dengan
Encik Razman.Di belakang,sedari tadi anak matanya tidak lepas memandang bulan yang terang disinari cahaya.Fikiran mula melayang terhadap lelaki
itu.Lelaki yang membuatkan dia gelisah sepanjang waktu.Lelaki yang mempunyai
aura tersendiri.Kelvin
Sebaris nama itu meniti di bibir munggil
Bella.Buat pertama kalinya,hati perempuannya terpaut walaupun itu adalah bertemuan kali pertama mereka bertemu.Sungguh dia benar-benar terpikat.Lebih-
lebih lagi saat Kelvin sedang bercakap atau tersenyum.Apa yang kau sedang fikir ni,Bella.Kau tak ingat ke dia ada cakap yang dia dah nak kahwin.
Tiba-tiba,satu suara menyedarkan kembali Bella yang sedang angau di malam hari.
Tidak elok musnahkan mahligai yang baru sahaja mereka hendak bina bersama.Terlalu leka dengan fikiran sendiri sampai
tak sedar yang pancuan empat roda ayah
sudah berhenti di satu perkarangan rumah mewah."Kamu taknak turun ke,Bella?"Suara
ayah kedengaran rapat di cuping telinga.Setelah itu,Bella bergegas keluar
lalu terus mendapatkan kedua ibu bapanya.Dalam pada itu juga,mata cekap melakukan pergerakan.Dilihat penjuru dan sudut rumah rumah mewah ini.Nampak sangat yang bakal mertuanya memang berasal orang berada.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...