"Abang,Arjuna yak lah."Kelvin yang ketika
itu sedang mencuci bilik air spontan berhenti mencuci tatkala gegendang telingnya disapa oleh suara si isteri.Berus jamban yang berada
di tangan segera diletakkan di tepi pintu.Peluh yang merenik di sekitar wajah akibat terlalu lama menghabiskan masa mencuci
bilik air dilap menggunakan belakang
tangan.Baru hari ini dia dapat menghabiskan
masa mengemas rumah.Kalau tidak,
banyak menguruskan hal anak dan isteri sahaja.Tapi jujur dari hati,Kelvin senang dengan aktiviti seharian dia sepanjang
minggu ini.Dia dapat rasakan bahawa hubungan
mereka semakin dekat.Selama seminggu menjaga isteri dan anak,Kelvin jadi tahu
waktu tidur mereka.Untuk Arjuna...Anak kecil itu akan tidur
sebaik sahaja selesai menyusu.Malahan
Arjuna juga akan kerap berjaga di tengah
malam hanya untuk menyusu.Manakala Bella..Isterinya itu semenjak
berpantang memang kuat tidur.Tidak
kira waktu,isterinya boleh terlelap
bila-bila masa sahaja.Kadang-kadang
sewaktu menyusu anak,Bella boleh
terlelap.Disebabkan itulah setiap kali Bella
menyusukan anak,Kelvin akan pastikan
dia sentiasa berada disisi Bella.Dia akan
cuba mencari topik untuk dibualkan
supaya isterinya tidak terleka."Sini dekat Papa,sayang."
Sesudah menghampiri Arjuna,tubuh kecil
Arjuna diangkat perlahan-lahan.Setelah itu,
Kelvin mengatur langkah menghampiri
kamar mandi.Lampin Arjuna dibuang ke dalam tong
sampah yang telah disediakan di dalam
bilik air tersebut.Memandangkan hari
sudah larut petang,Arjuna terus dimandikan menggunakan air suam.Selesai memandikan Arjuna,nanti giliran
si ibu pula yang perlu dimandikan.Kelvin
benar-benar maksudkan apabila dia
mengatakan bahawa dia akan menjaga
Bella sepanjang berpantang.Bukan setakat jaga makan minum.
Mandikan Bella pun dia lakukan sendiri
tanpa sebarang bantuan."Tak apa ke biarkan Arjuna sorang-
sorang atas katil ni?"Soal Bella,sambil
memandang Arjuna yang nampak begitu
lena di atas katil.Walaupun di sekeliling
anaknya telah diletakkan beberapa biji
bantal,tapi hati seorang ibu tetap
mengatakan bahawa itu adalah tidak
tindakan tidak selamat."Tak apa.Abang mandikan Bella sekejap
saya.Lagipun pintu bilik air abang biarkan
terbuka."Begitulah Bella setiap kali hendak
mandi.Risau bukan main.Kasih sayang yang Bella curahkan pada
anak mereka melebihi kasih sayang Kelvin
pada Arjuna.Kalau boleh memang tak nak
berjauhan.Usai menukarkan pakaian Bella,dengan
penuh berhati-hati tubuh genit isterinya
dicempung lalu dibawa ke arah bilik air.Sebuah kerusi plastik yang sememangnya disediakan khas buat isterinya dituju.
Sejurus itu,tubuh Bella diletakkan di atas kerusi.Kemudian,tuala yang disangkut
pada leher diletakkan di palang besi."Bella selesa?"Kelvin menyoal dengan
penuh prihatin.Mana tahu isterinya tidak
selesa dengan kedudukan sekarang."Selesa.Hm..Abang..."
"Iya,Cinta.Bella ada nak apa-apa?"Sedar
tak sedar,suaminya sudah berada di hadapanya.Bella terpaksa mendongak
memandangkan suaminya jauh lebih
tinggi daripadanya."Kenapa sehari dua ini dada Bella rasa
sakit sangat.Lagi-lagi bila menyusu
Arjuna.Rasa macam bengkak dekat
sekitar bahagian ini."Bella menunjukkan
bahagian dadanya.Dengan Kelvin,sungguh dia tidak malu
bercakap mengenai hal ini.Kerana
suaminya itu bukanlah seorang yang pervert.Bahkan Kelvin adalah lelaki yang memiliki pemikiran terbuka.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...