Suasana di resort menjadi damai
apabila keadaan sekeliling tidak terlalu
pesat dengan manusia.Sepertimana sekarang...
Sepasang mata merenung redup ke
satu arah.Di mana terdapat sepasang
suami isteri kelihatan sedang mengawasi pergerakan anak perempuannya,yang pada
itu kelihatan sedang bermain di persisir
pantai.Nampak pada gaya si bapa yang
terlebih paranoid.Pantang anak hilang
dari pandangan,terus dicari bersama
wajah yang cemas.Tapi difikirkan balik,
ayah mana yang tidak sayangkan anak
kan?Haih....waktu itu jugalah hatinya dijentik dengan satu rasa.Seronok juga bila dapat bermain dengan anak kecil.Sebelum ini,
dengan anak-anak lelaki Tengku Aaron sahajalah dia manjakan.Ada waktunya,apabila mendapat
kebenaran daripada Tengku Aaron,
Kelvin akan bawa pulang mereka ke
rumah sendiri hanya untuk bermain.Menginjak waktu malam barulah
Kelvin pulangkan kembar itu kepada
Mama dan Papa mereka semula.Perkara paling dia suka terhadap
bayi yang tidak boleh didapati di
mana-mana tempat adalah bau
mereka.Lebih-lebih lagi bayi baru
lahir."Pandang apa?"Kemunculan Bella
secara tiba-tiba itu mengejutkan Kelvin
yang ralit mengelamun.Terus pandangan dialihkan ke arah
sebelah.Sang isteri direnung begitu
lama.Bella nampak begitu bergaya
mengenakan dress berwarna putih
pada tubuhnya.Pun begitu,pada pendapat Kelvin,
pakaian itu langsung tidak sesuai
dipakai Bella gara-gara pada bahagian dada,ianya agak terdedah luas."Dah siap?"Kelvin memang berancang
petang nanti dia akan bawa Bella bersiar-
siar di sekitar pantai sambil menikmati pemandangan."Sudah...Kalau macam itu,jomlah
awak.""Eh tunggu."Spontan,langkah kaki
Bella terhenti tatkala tangannya digenggam erat oleh Kelvin.Wajah suaminya dicari lantas
kening dijongket sebelah.Namun
sesaat selepas itu,menjadi tanda
tanya buat Bella selepas melihat
tingkah Kelvin yang pada waktu
itu sedang memunggah pakaian
di almari.Tidak lama selepas itu,Kelvin
menghampiri isterinya sambil di
tangan terdapat sehelai kain panjang.Bella tersentak apabila kain panjang
yang dibawa Kelvin tadi sudah selamat mendarat di atas dadanya."Kenapa?"Terpinga-pingga dengan
tindakan suaminya itu.Namun tidak
lupa dia melarang.Kelvin masih diam.Cuma tangan sahaja bergerak membetulkan kedudukan kain tersebut.Siap dipinkan lagi supaya tidak terlorot bila mana terkena angin pantai.
"Jangan sesekali berani lepaskan
kain ini.Saya kurang berkenan sangat
tengok pemakaian awak sekarang ini.
Maaf cakap,balik KL nanti saya dah
taknak tengok awak pakai macam ini
lagi bila keluar rumah.Maaf kalau kata-kata saya ini
akan menyinggung perasaan awak...
Sebagai wanita,seharusnya perasaan
malu itu perlu ada di dalam diri.
Kalaulah isteri saya tahu bagaimana pandangan sebenar seorang lelaki
terhadap wanita,saya yakin,awak tak
akan lagi berani keluar rumah seorang
diri.""Jadi apa motif kain ini kepada
saya?"Soal Bella keliru.Nada suara juga kedengaran seperti
sudah kurang senang dengan tindakan
suaminya.Raut wajah bertukar tegang.Jujur katakan,dia tidak sukakan sisi
Kelvin yang ini.Nampak tenang tapi
bila sekali keluarkan ayat,menusuk
tepat ke hati.Kelvin sendiri pun tahukan bagaimana
cara pemakaian dia selama ini.Bahkan
lebih teruk daripada yang sekarang.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...