bab 43

1.1K 99 5
                                    

Buah-buahan yang dibeli sebulan lepas
dipandang dengan perasaan sayu.Sudah
berkulat walaupun dia telah meletakkan
buah-buahan tersebut di dalam peti ais.

Sayang...

Buah-buahan segar tersebut langsung
tidak dijamah oleh isterinya angkara
pergaduhan besar mereka yang berlaku
sebulan yang lepas.Dan selama tempoh
juga itu, apa-apa makanan yang dimasak
Kelvin langsung tidak dapat sambutan daripada isterinya.

Tidak seperti sebelum ini.

Bella lebih rela berlapar daripada makan
masakan yang dimasaknya.Tong sampah
yang berhampiran dengan singki dihampiri.
Lalu buah-buahan tersebut terus dibuang
ke dalam tong sampah.

Kelvin kemudiannya melontarkan
pandangan ke arah luar tingkap.

Cuaca hari ini tidak terlalu baik.Hujan.
Rasanya sudah hampir dua minggu
hujan turun tanpa henti.Ada baiknya
juga.Ada kalanya,dengan hanya melihat
titisan hujan ianya dapat menghilangkan
sedikit sebanyak masalah yang bersarang
di kepala.

Terlalu banyak masalah yang dia hadapi
semenjak kebelakangan ini.Bukan setakat hanya masalah dengan isteri,tentang Dahlia
yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri membuatkan Kelvin jadi tertanya-tanya keberadaan wanita itu berada sekarang.

Bertanya bukan kerana rindu,namun
masih terdapat beberapa perkara yang
belum Kelvin selesaikan bersama bekas
teman wanitanya itu.

Lama pandangan melekat pada halaman
rumah,Kelvin akhirnya memutuskan
untuk keluar dari dapur.Ruang tamu
dituju selepas itu.

Kalau bukan gara-gara aibnya tersebar,
mesti waktu ini Kelvin dan Bella sedang
berehat di atas sofa sambil melayan
bermanja.

Kini,villa ini berubah menjadi sepi kerana tiada lagi kedengaran suara manja isterinya
yang merengek meminta makanan,bahkan tiada lagi suara Kelvin yang melarang Bella
melakukan sebarang kerja rumah.

Semuanya berubah dalam sekelip mata.
Kelvin sendiri tidak sangka apa yang
sangat dia takuti selama ini telah pun
terjadi.

Kelvin rindukan suasana yang dulu.
Sekarang,nak bernafas pun rasa macam
tak lepas.

"Abang rindukan suara,Bella."

"Abang rindukan sikap,Bella."

"Abang rindukan tawa,Bella."

Pintu bilik yang kelihatan terkatup rapat
dipandang dengan pandangan yang penuh
sarat dengan emosi.Begitu lah Bella setiap
hari.Berkurung dalam bilik sehingga pagi
esok.Tidak turun makan.Ada baik,Kelvin
yang perlu hantar makanan masuk ke
dalam bilik.

Tidak tahulah sampai bila hubungan
mereka akan terus jadi begini.

Klak..

Terdengar seperti kunci dibuka dari dalam,
sepantas kilat Kelvin mengangkat kepalanya
lalu memandang ke arah isterinya yang baru
sahaja keluar dari bilik.

Masam mencuka wajah Bella sebaik sahaja
terpandang susuk tubuh Kelvin yang turut
berada di ruang tamu.Semak betul!

Fikir Bella,Kelvin akan keluar bersama
teman-temannya memandang hari ini
adalah hari perkahwinan Adrian.Dalam
tak sedar,rupanya lelaki itu sudah
mempunyai teman wanita selama ini.

Bella benar-benar kagum dengan wanita
yang memegang gelaran sebagai isteri Adrian.Wanita yang boleh menerima kisah silam suaminya.Bukannya Bella tidak kenal dengan sikap kaki perempuan Adrian itu.

Rata-rata kawan baiknya Kelvin memiliki perangai dan sikap yang sama.Bukan satu
perkara yang aneh kalau Kelvin juga begitu.

"Bella nak makan?Abang boleh sediakan
makanan kalau Bella nak makan?"Kelvin segera mendapatkan isterinya yang pada
ketika itu sedang meneguk segelas air
kosong.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now