"Kelvin,you dah lunch?"
Dengan langkah yang begitu sopan,Dahlia menghampiri ke arah lelaki itu yang kelihatan
begitu sibuk menyiapkan kerja-kerja yang
tertangguh akibat terlalu lama mengambil
cuti.Cuti semata-mata ingin menjaga isteri yang sedang hamil.Mengada betul perempuan
itu.Perempuan lain mengandung juga,tapi
tak adalah sampai suruh suami ambil cuti macam dia.Berdiri di sebelah Kelvin membolehkan
dia menghidu aroma maskulin yang terbit
dari tubuh lelaki itu.Bau yang sangat dia gemari."Dahlia,boleh jauh sikit tak?Aku tak selesa
dengan kau."Kelvin menjauhkan kerusinya
dari gadis itu.Lebih jauh daripada tadi.Dia sangat tidak selesa dengan situasi mereka sekarang.Berdua-duaan di dalam bilik sambil pintu
ditutup rapat.Sudah berkali-kali dia berpesan
kepada Dahlia,setiap kali ingin masuk ke
dalam bilik atas urusan kerja,pastikan pintu
dibuka luas supaya tidak menimbulkan
sebarang fitnah.Dan berkali-kali itu juga pesanan Kelvin
diabaikan."I tanya,you dah lunch atau belum?Kalau
belum,I ada bawa makanan lebih.Kita
makan sama-sama,nak?"Dahlia masih
belum berputus asa cuba mendapatkan
perhatian Kelvin."I tak makan masakan orang lain selain
dari masakan isteri I sendiri."Ucap Kelvin,
jujur.Walaupun kadang-kadang masakan Bella
tidak kena dengan tekaknya,sekalipun
Kelvin tidak pernah mengutuk bahkan
dia juga yang menghabiskan kesemua
masakan isterinya.Bukan senang untuk melihat Bella turun
ke dapur,jadi apa salahnya kalau dia hargai
pergorbanan isterinya.Lebih-lebih dalam
keadaan sekarang.Meskipun berbadan dua,
boleh dikatakan hampir setiap hari Bella
akan belajar lalu cuba membuat resepi baru
yang dipelajari daripada internet.Dan Kelvin yang akan menjadi juri masakan.
Tetapi tugas juri kali ini agak sukar sedikit,
walaupun masakan tersebut tidak sedap,
Kelvin tetap perlu memuji air tangan
Bella kalau tidak ingin melihat isterinya
merajuk.Teringat pada karenah nakal isterinya,
kadang-kadang boleh buatkan dia ketawa seorang diri.Ianya satu perubahan baik buat hubangan
mereka.Dia yakin,perubahan Bella ini juga disebabkan nasihat daripada Amanda.
Kelvin sangat terhutang budi terhadap
isteri kawan baiknya itu.Tak salah lagi kalau Bella berkawan dengan wanita itu.Mungkin nanti,Amanda boleh mengajar isterinya cara menguruskan anak sementelah pula wanita itu mempunyai
banyak pengalaman.Terus mati senyuman Dahlia mendengar
jawapan jujur Kelvin.Terasa dirinya ditolak
secara mentah-mentah.Apa keistimewaan
yang ada pada wanita bernama Bella itu
sehingga menyebabkan Kelvin angau tak
sudah!"Sayang betul you dengan isteri you."
Bicara Dahlia spontan membuatkan Kelvin
yang sedang menulis terhenti seketika.Dahi
lelaki itu berkerut-kerut."Nama pun isteri.Mestilah sayang."Dengan
malas,Kelvin menjawab.Dia berharap kerja-
kerja ini dapat diselesaikan dengan cepat.Kelvin mula rimas dengan kehadiran Dahlia.
"Tapi cinta pertama you ialah I,Kelvin!
Tak akan you dah lupa pada I,sedangkan
I tak pernah sekali pun cuba lupakan you.
I masih sayangkan you,Kelvin.""Itu semua cerita lama,Dahlia.Waktu itu
kita berdua masih budak-budak.Mentah
lagi.Kau sendiri pun tahu kan perangai
aku dulu macam mana.Perkataan cinta
pertama tidak pernah wujud dalam hidup
aku pada waktu itu."
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...