Menjelang waktu rehat,semua murid
berpusu-pusu masuk ke dalam dewan
makan.Dewan tersebut tidaklah besar
mana,sekadar muat untuk menempatkan
bilangan pelajar disini.Bukan sahaja para pelajar sebaliknya
kesemua guru turut bergerak ke arah
dewan makan.Sambil-sambil itu mereka
juga turut menegur pelajar yang terlepas
sikap laku.Biasalah budak-budak,ada yang berlari,
bergaduh manja.Sejenak,anak mata Bella
tertangkap satu susuk tubuh kecil budak
perempuan yang berada agak jauh dari
orang lain.Langsung anak kecil itu tidak mengangkat
pandangan.Dia sekadar tunduk sambil mengenggam tangannya.Nampak macam
takut dengan seseorang.Dan bila Bella hendak menghampirinya,
niatnya terbatal setelah mendapat seruan daripada Cikgu Dewi.Hendak atau taknak,
terpaksa dia turuti.Memandangkan meja dan kerusi sudah
penuh,Bella sekadar mengambil makanan
lalu dibawa ke luar.Disitu ada satu meja
dan satu kerusi.Bolehlah dia guna.Semakin dekat dia dengan meja tersebut
semakin jelas pandangan mata.Di meja
tersebut,terlihat jelas seseorang sudah
berada di tempat yang Bella maksud tadi.Barangkali itu ialah budak yang dia
nampak sebentar tadi."Hai awak."Seketika,anak kecil itu angkat
kepala sebelum kembali menunduk.Bella
tersengih canggung.Selama mengajar di
sini,dia langsung tidak mengenali anak
kecil ini.Tak pernah tengok pun sebelum ni.Atau mungkin dia pelajar dari kelas lain.
Tanpa bertangguh,satu kerusi Bella
capai lantas dilabuhkan duduk disitu."Kenapa awak tak pergi makan?Semua
kawan-kawan awak ada dekat kantin
sana tu.Kenapa awak tak join dia sekali?"Pinggan yang berisi nasi gorang diletakkan
di atas meja.Buat seketika,anak kecil itu
pandangan makanan tersebut sebelum
berkata."Solehah tak boleh makan."
Bella angguk faham.Solehah namanya.
Hampir-hampir sahaja dia tak dapat tangkap
apa yang diperkatakan solehah.Perlahan
sangat suara dia."Kenapa tak boleh makan?Soleh sakit ke?"
Tetap,mengeleng.Tanpa bicara,Solehah
membawa kedua tangannya lalu diletakkan
di atas meja.Tangan yang digempalkan seperti penumbuk dibuka perlahan.Hening...
Bella tergaman.Masa terasa terhenti buat
sementara waktu.Bunyi bising yang terhasil
daripada suara-suara para pelajar bagaikan
hilang begitu sahaja.Tubir mata hampir saja
rasa suam.Menandakan tak lama akan mengalir
satu cecair hangat.Solehah memperlihatkan
tangan kanannya yang tidak mempunyai
sebarang jari manakala tangan kiri masih
lagi normal seperti Bella."Solehah cacat.Solehah tak boleh makan macam orang lain.Semua orang tak sudi berkawan dengan solehah sebab solehah
tak cantik."Nampak sahaja Solehah ingin
menyembunyikan kembali tangannya,nyata
Bella lebih tangkas menariknya.Lembut sahaja.
Air mata Solehah yang mengalir
perlahan diseka.Senyuman cukup
manis dipaparkan buat anak kecil
ini."Solehah cantik.Solehah budak baik.
Solehah ialah anak istimewa yang Allah kirimkan buat ibu dan ayah Solehah.
Sekalipun tiada orang yang sudi untuk
berkawan dengan Solehah,satu sahaja
yang cikgu nak ingatkan.Cikgu Bella
sudi berkawan dengan Solehah.Selain
daripada ibu bapa,Solehah juga boleh
anggap Cikgu Bella sebagai pelindung."
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...