bab 30

1.4K 68 1
                                    

Telefon bimbit yang diletakkan
di sebelah bantal tidur,dicapai
dalam keadaan mamai.Cuba untuk
membuka kelopak mata walaupun
masih dalam keadaan teramat
mengantuk.

Melihat pada skrin telefon
bimbitnya,jam baru sahaja
sedang menunjukkan pada pukul
2.30 A.M.

Oleh kerana bunyi yang terhasil
angkara menerima pesanan yang
entah dari siapa tanpa henti,
menyebabkan Kelvin terjaga dari
tidur.

Dia kembali melihat telefon bimbit
yang dipegang.Sepuluh pesanan
daripada Tengku Aaron.

Dan dihantar seawal dua pagi!

Kelvin kemudiannya bangkit
dari katil lalu langkah diaturkan
ke arah balkoni luar.

Selimut yang menutupi tubuh
isterinya sempat dibetulkan sebelum
dia menghampiri balkoni.

Bimbang sekiranya tingkah tersebut
akan mengejutkan isterinya yang
pada ketika itu tampak begitu lena.

Seusai melabuhkan punggung pada
kerusi malas yang terdapat di balkoni
tersebut,pesanan yang dikirimkan oleh
Tengku Aaron segera dibuka.

Setiap pesanan yang diterima dibaca
dengan penuh teliti.Menurut lelaki
itu,Kelvin tidak perlu khuatir lagi
perihal Nurul kerana mereka di sana,
sudah menyelesaikan gadis tersebut
dengan cara mereka tersendiri.

Apabila ditanya secara lebih teperinci
tentang bagaimana cara mereka
menyelesaikan Nurul,Tengku Aaron
kelihatan agak sedikit keberatan
untuk menjawabnya.

Lelaki itu sekadar berpesan supaya
Kelvin menikmati sisa percutiannya
tanpa stress.

Apa yang penting,perihal Nurul
sudah mereka selesaikan.Sekarang,
Kelvin tidak perlu lagi pening kepala
mencari dalang di sebalik apa yang
terjadi.

"Kelvin...."

Suara halus yang kedengaran dari
arah dalam bilik membuatkan lelaki
itu tersentak.Bergegas Kelvin bangkit
dari kerusi lalu segera mendapatkan
isterinya.

Berkali-kali kelopak mata dikerdipkan.

Rasa asing bila mana dia tanpa
sengaja terjaga daripada lena lalu
mendapati ruangan di sebelah
kosong tanpa susuk tubuh suaminya.

"Ye,Cinta.Saya ada dekat sini."

Sebelum dia bertindak menarik
Bella masuk ke dalam dakapan,
belakang badan terlebih dahulu
disandarkan pada kepala katil.

Lalu ubun-ubun isterinya dikucup
buat seketika.

"Awak pergi mana?"Bella merengek
seperti anak kecil.Digeselkan kepala
pada dada bidang suaminya yang
terdedah,memandangkan sudah menjadi
kebiasaan Kelvin tidak mengenakan
sebarang pakaian ketika waktu tidur.

Pinggang suaminya dipeluk begitu
erat.Sepanjang percutian mereka di
sini,Bella mula menyedari akan satu
hal.

Semenjak kebelakangan ini,dirinya
seakan-akan sentiasa menanti kehadiran
Kelvin walaupun pada ketika itu mereka
hanya sekadar berada di dalam bilik
tanpa melakukan sebarang perkara.

Sehari tidak melihat wajah suaminya,
dia mula rasa kehilangan.

Apa yang Bella tahu,walau dalam
keadaan macam mana sekalipun,
yang paling penting adalah keberadaan
Kelvin di depan mata.

Keberadaan Kelvin bukan sahaja
membawa keselesaan,malah ianya
tanpa sedar membuatkan Bella rasa
nyaman apabila berada di sisi lelaki
tersebut.

"Tak pergi mana-mana pun.Saja
duduk dekat luar ambil angin."

"Ambil angin pagi-pagi buta
macam ini?"Dalam pada masih
menutup mata,Bella sempat menyoal.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now