Sebuah kotak yang masih terikat kemas
dengan tali reben dibawa keluar dari almari
pakaian.Di dalamnya terdapat beberapa
helai pakaian wanita hamil yang masih
baru yang dibeli oleh Kelvin beberapa
minggu yang lepas.Kemudian,dengan langkah yang penuh
berhati-hati Bella menghampiri ke arah katil.Usai melabuhkan punggung di sisi katil,dia yang sudah termengah-mengah
terus menyandarkan badan di kepala katil.Baru beberapa langkah berjalan,sudah
begini rupanya.Mengandung memang
membuatkan dia mudah berasa penat.Pernah suatu hari,akibat terlalu penat
Bella boleh tertidur dari pukul lapan pagi
sehingga ke empat petang.Terjaga pun
gara-gara Kelvin yang mengejutkannya.Malam itu,panjang lebar Bella dinasihati
suaminya.Kata Kelvin,tidak elok untuk
kesihatan Bella serta anak yang berada
di dalam kandungan sekiranya dia kerap
tidur sepanjang hari.Tidur itu bagus.Cuma,kalau dah lebih
lima jam tidurnya,itu tak panggil tidur
dah.Dan mulai hari itu,Bella mula mencari
hobi baru bagi mengisi masa lapang.Seperti sekarang,Bella bercadang ingin
keluar membeli-belah seorang diri.Hendak
mengajak Amanda,wanita itu pula sibuk
keluar bersama ibu mentuanya.Kelvin?
Seawal lima pagi tadi suaminya sudah
bertolak ke Melaka bagi menghadiri satu
mesyuarat penting.Kelvin bukannya tidak
ajak Bella untuk pergi sekali,cuma Bella
sahaja yang enggan ikut.Dia lebih selesa berada di rumah.Lagi pula,
tidak seronok keluar bersama suaminya
atas urusan kerja.Nanti dia juga yang disisihkan."Yang ini atau yang ini?"Sehelai dress
berwarna biru berada di tangan sebelah
kiri,manakala sehelai lagi dress berwarna merah jambu berada di tangan sebelah
kanan.Diamnya Bella kerana dia sedang berfikir
sama ada mahu memilih dress yang mana
paling sesuai untuk dipakai.Warna biru
ini nampak cantik juga bila dipakai.Nampak
tenang.Tapi...Warna merah jambu ini bila dipakai akan
menonjolkan lagi sikap keibuan.Sesuai
sangat dengan situasi Bella sekarang.Sedang asyik memikirkan tentang pemilihan
pakaian,telefon bimbit Bella yang berada
di atas katil tiba-tiba berdering.Melihat sebaris nama yang tertera pada
dada skrin telefon,bibirnya spontan
melakar satu senyuman.Panggilan video daripada Kelvin laju
diterima."Abang..."
"Assalamualaikum,isteri abang.Eh,tak
siap lagi ke?Kata nak keluar cari baju
anak."Berkerut dahi Kelvin melihat penampilan
isterinya yang masih menyarungkan baju
tidur pada ketika itu.Awal-awal lagi Bella
sudah meminta kebenaran daripadanya
untuk keluar mencari sedikit barangan
bayi.Pada awalnya agak berat untuk Kelvin
melepaskan isterinya keluar seorang diri,
namun bila Bella bersungguh-sungguh
menyakinkan Kelvin bahawa dia boleh
menjaga diri bila keluar berseorangan,
hendak atau tidak terpaksa Kelvin benarkan.Entah kenapa,Kelvin berasa tidak sedap
hati hendak melepaskannya isteri keluar
hari ini.Namun,lelaki itu cuba berfikir
secara positif.Mungkin itu sekadar perasan.Ya,wajarlah
kalau seorang suami mempunyai rasa yang
tertentu.Apatah lagi dalam keadaan Bella
sekarang ini."Bella belum siap lagi ini,abang.Tak pasti
nak pakai baju mana?""Pakailah baju yang abang beli minggu
lepas.Kan banyak abang beli.Bella cuma
perlu pilih saja."Haih isteri,cakap saja
baju tak banyak tapi,dalam almari tu..
Sampai tak muat lagi nak sumbat.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...