"Ingat Kelvin,jangan sesekali buka
ruang untuk mana-mana perempuan
masuk ke dalam hidup kau.Sekali kau
lakukan kesilapan,sampai bila-bila kau
tak akan dapat lagi kepercayaan daripada Bella."Bibit bicara yang sempat Tengku Aaron
berkata kepadanya sebelum lelaki itu
berangkat kembali ke pejabat,masih
terngiang-ngiang di gegendang telinga
Kelvin.Bukan sahaja dari segi nasihat,tetapi
cara penyampaian Tengku Aaron juga
seolah-olah lelaki itu meragu-ragu
kesetian Kelvin.Bak kata Ezra pula...
"Waktu ini bolehlah kau cakap yang kau
akan setia dengan Bella.Tapi bila dah
setiap hari duduk satu syarikat dengan
bekas kekasih sendiri.Setiap hari juga asyik berjumpa.Keluar pergi meeting bersama-sama.Tak mustahil suatu hari nanti,dalam
diri kau akan timbul satu perasaan."Sejurus sahaja bayangan Ezra yang
bermain di kepala lesap ,terus kepala
digeleng laju.Tangan yang berada di stereng kereta terus digempal menjadi penumbuk.
Kelvin mengetap gigi.Sekaligus membuatkan
suasana di dalam kereta berubah menjadi
sepi.Bahkan suara DJ yang berputar di
radio mula tenggelam di dalam suasana
yang cukup dingin itu.Setelah itu bayangan wajah Bella yang
begitu manis tiba-tiba menerjah minda
Kelvin.Teringat pada senyuman serta
sikap manja yang hanya ditonjolkan
apabila berada di sisinya sahaja,membuatkan
rasa rindu semakin menggebu.Seharian tidak berjumpa sudah
membuatkan dia hampir tergila bayang
dengan isterinya sendiri.Pedal minyak ditekan kuat.Rumah ibu mentuanya dituju.Sebentar
tadi dia baru sahaja menerima pesanan daripada isterinya mengatakan bahawa
ibu mentuanya mengarahkan mereka
supaya makan malam disana.Tiba di satu persimpangan jalan sebelum
sampai di rumah keluarga mentuanya,
Kelvin tanpa sengaja terpandang satu
kiosk kecil yang menjual pelbagi bunga
segar.Tanpa berfikir panjang signal
terus diberikan lalu kereta diberhentikan
di bahu jalan.Memandangkan cuaca di luar agak tidak
baik dan kelihatan hujan mula perlahan-
lahan membasahi bumi,Kelvin terus
mencari payung yang kemungkinan dia
ada tinggalkan di dalam kereta.Setelah dapat apa yang dicari,lelaki yang
masih lengkap berpakaian formal terus
melangkah keluar dari kereta sambil
memegang sekaki payung.Kiosk yang sederhana kecil itu dihampiri
Kelvin.Akibat meletakkan bunga di luar kiosk,hampir kesemua bunga-bunga tersebut basah terkena tempias hujan.Sayang...Bunga masih segar.
Sejambak bunga Ros menjadi pilihan
Kelvin.Kenapa bunga Ros menjadi pilihan?
Itu adalah kerana tatkala terpandang warna
yang ada pada kelopak bunga itu,fikirannya
tiba-tiba melayang pada seraut wajah
isterinya.Wajah sang isteri yang akan bertukar
kemerahan setiap kali dia mengusik tidak
akan pernah hilang di dalam ingatan.Dan
oleh kerana sifat itulah membuatkan Kelvin
semakin hari semakin jatuh cinta kepada
isterinya.Kelvin menghidu bunga tersebut.Beberapa
detik kemudian,bibir melakar satu senyuman.Harap-harap isterinya akan suka.
Selesai membuat bayaran,kereta
kembali dipandu menuju rumah keluarga mentuanya.Setiba sahaja disana,Kelvin
bergegas masuk ke dalam rumah dan
segera mendapatkan Bella.Namun sosok
tubuh yang dicari masih belum kelihatan.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...