bab 23

1.9K 114 2
                                    

Duvet yang membaluti seluruh anggota
badan segera disingkap.Kelvin segera
bangkit dari katil.Jam digital yang terletak
di meja bersebelahan katil dikerling.

Pada waktu itu,jelas tentera angka 5.50
minit pagi.Masih awal.

Sudah kebiasaan dia untuk bangkit seawal sebegini semata-mata demi melaksanakan
tanggungjawab sebagai umat islam.

Pagi ini,buat pertama kalinya Kelvin
akan menjadi iman solat yakni bakal
didirikan olehnya serta Bella.

Perasaan gugup itu usah kata.Kalau
boleh jantung nak melompat keluar
dari tempatnya.Sudahlah dalam bab
ini dia masih lagi terkial-kial.

Kelvin kemudiannya memandang
sang isteri yang berada di sebelah.
Terlihat Bella masih lagi nyenyak
tidur.

Rambut panjang isterinya yang mengurai
pada bantal,dielus lembut.

Gara-gara semalam hujan turun
dengan begitu lebat dan baharu
sahaja berhenti,cuaca pada ketika
ini agak sejuk dan sedikit lembap.

Itu membuatkan Bella semakin
nyenyak tidur.

Duvet tebal yang membaluti anggota
badan isterinya diturunkan perlahan-
lahan sehingga paras dada.

Kelvin kemudiannya menyeru
nama sang isteri dengan nada
perlahan.

Tidak lama selepas itu,terdapat
pergerakan kecil daripada Bella.
Mulut terkumat-kamit mengguman
perkara yang agak kurang jelas.

Barangkali masih mamai.

Sekali lagi, Kelvin menyeru sehingga
kelopak mata isterinya terbuka sedikit
demi sedikit.

"Em...awak nak apa?Saya mengantuk
ni."Cemberut wajahnya apabila Kelvin
mengganggu lenanya.

Tatkala dia mahu menarik selimut
tebal itu hingga paras leher,Kelvin
pantas menahan pergerakannya.

Perlahan tubuh genit itu dibangunkan
lalu disandarkan pada kepala katil.Setiap pergerakan yang Kelvin lakukan cukup
lembut dan berhati-hati.

Dia tidak mahu tingkahnya itu dapat
mengundang kesakitan pada setiap
anggota badan Bella.

Mengesan keadaan diri Bella
ketika itu nampak agak serabut,
Kelvin kemudiannya mencekak
rambut panjang itu lalu disanggul
tinggi.

"Bangun solat subuh dulu,cinta.
Pagi ini kita solat berjemaah.Saya
iman dan awak makmumnya..."

Untuk beberapa saat selepas suaminya
berkata sedemikian rupa,Bella terdiam.

Entah kenapa setiap kali lelaki itu
membuka mulut atau berkata,Bella
dapat rasakan kehangatan serta
keikhlaskan yang ada pada setiap
tutur kata Kelvin.

Seperti sekarang ini,mengarahkan
dia untuk solat tetapi Kelvin tidaklah
memaksa,namun dalam yang sama
juga,Bella tahu bahawa suaminya tidak
menerima sebarang bantahan.

"Bella?"

"Hm...ye..ye..."Spontan,bibir melepaskan
satu keluhan.Nak cakap dia uzur memang
tak masuk akal sebab baru sahaja semalam
mereka bersama.

Nampak pada gaya memang dia tak dapat
mengelak.

"Sudah..jom solat.Tapi sebelum itu
kita kena mandi wajib dulu.Awak tahu
bukan?"

Dan-dan selepas Kelvin berkata
seperti itu,Bella terus pandang Kelvin
dengan tatapan tajam.

Bibir diketap kuat.

Entah kenapa pertanyaan sebegitu
buatkan dia rasa seperti orang kurang
ilmu agama.

Adakah Kelvin cuba untuk
merendahkan-redahkan dia
ketika ini?

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now