Langkah kaki dipercepatkan.
Bella yang terjelepok jatuh di lantai
akibat tidak dapat menyeimbangkan
badan ketika kakinya terbelit di dalam
kain hitam,bergegas Kelvin dapatkan.Padanlah sewaktu tiba di rumah,
dia mencari bayangan si isteri di
sekitar bilik dan juga ruang tamu
tetapi tidak kelihatan.Rupanya Bella ada dekat sini.
Entah motif apa Bella boleh jumpa
garaj ini.Dan yang lebih membuatkan
dia bertambah keliru bila mana biji
matanya mengesan bakul pakaian
yang terdapat di sebelah Bella.Setelah mendapat isterinya,Kelvin kemudiannya melutut di hadapan Bella.Tangannya cekap membuka
lilitan kain hitam yang terbelit pada
kaki isterinya dengan penuh berhati-
hati.Dalam pada itu juga,iris mata merenung
seraut wajah itu."Awak buat apa dalam garaj lama
saya ini,Bella?"Sesudah membuka lilitan kain hitam
tersebut,Kelvin terus menyoal.Sebuah kerusi yang terdapat di
sudut garaj segera dicapai.Habuk
tebal pada kerusi tersebut dilap
menggunakan tisu yang baru sahaja dikeluarkan dari poket seluar.Mana tak berhabuk kalau garaj ini
jarang sekali dikunjunginya.Bahkan,
barang-barang yang berada dalam
ini juga sudah lama Kelvin biarkan.Kebanyakkannya barangan lama
yang sayang untuk dibuang.Semua
itu masih elok dan juga boleh diguna
pakai lagi.Tubuh genit isterinya perlahan-
lahan diletakkan di atas kerusi.Sekali lagi,Kelvin merendahkan
diri berlutut di hadapan Bella lantas
seluar yang dipakai Bella,disingkap
sehingga paras peha."Saya tanya ni,Bella.Awak buat apa
dalam garaj lama saya.Tengok....tak
pasal-pasal lutut berdarah."Tutur
Kelvin sambil tangan lincah mencuci
kesan luka yang terdapat pada lutut
isterinya.Bella kemam bibir.Ketakutan tiba-
tiba menyelubungi diri tatkala dia
disoal begitu."Awak marah?"
"Tak marah,cinta.Cuma bimbang
kalau ada barang- barang lama
saya terjatuh atas kepala awak.
Tak pasal-pasal nanti dikerjakan
ke hospital.Barang-barang dalam
ini kebanyakkannya diperbuat
daripada besi."Garaj ini dibina semata-mata
Kelvin ingin menempatkan
motorsikal berkuasa tingginya
yang sudah lama tidak ditunggang.Sewaktu berusia belasan tahun,
dia serta mereka yang lain sangatlah
aktif menyertai pelbagai pelumbaan
haram bersama geng- geng nakal
di luar sana.Setiap malam,boleh dikatakan
di antara mereka berlima pasti
akan memenangi sejumlah wang
haram yang kadang-kadang boleh
mencapai tiga angka semalam.Tidak hairan kalau mereka
sentiasa akan cuba memenangi
setiap perlumbaan kerana hadiah
yang ditawarkan bukanlah sedikit
walaupun sudah dimaklumkan
bahawa ianya haram.Hanya setelah satu kejadian
yang menimpa Kelvin,juga
meninggalkan satu titik hitam
dalam kehidupan lelaki itu,
Kelvin serta yang lain mula
meninggalkan dunia tersebut.Antara kesan dengan apa yang
terjadi terhadap diri lelaki itu
sangatlah ketara.Kelvin yang sekarang tidak lagi
senakal yang dulu.Yang sering
kali membuat masalah hinggakan
ada segelitir orang yang selalu
tidak berpuas hati kepadanya.Dahulu,tidak terbilang jari seberapa
ramai orang yang membenci Kelvin
akibat sikap lelaki itu sendiri.Namun Sekarang....
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...