bab 22

1.7K 111 3
                                    

Menggunakan tangan panjangnya,
belakang leher diurut perlahan.
Kelopak mata spontan terpejam
dengan sendiri.

Tingkah tersebut memang tidak dapat
hilangkan rasa lenguh pada badan,cuma
sedikit-sebanyak buatkan beban di bahu
beransur hilang.

Menjelang waktu malam,majlis
makan malam yang diadakan di
sebuah hotel terkemuka di bandar
ini akhirnya melabuhkan tirai jua.

Seumur hidupnya ini adalah kali pertama
dia menghadiri majlis makan malam yang
berlangsung dengan sangat lama.

Hendak diikutkan kata hati,sebaik
sahaja selesai menjamu selera,dia
sudah mahu tarik tangan isterinya
pulang.

Cuma disebabkan rasa hormat
terhadap tuan rumah masih ada,
Tengku Aaron tak jadi nak teruskan
niat tersebut.

Nanti apa pula kata mereka terhadap dia
yang sememangnya dikenali dalam dunia
business.Bimbang juga sekirannya nama
baik syarikat terlibat sama.

Dan disebabkan tiada peneman,Amanda
merangkap isteri kesayangannya terpaksa
diheret ke majlis ini.

Pada awalnya,wanita itu berkeras tak
nak ikut tetapi setelah dipujuk rayu,
Amanda terpaksa akur dengan permintaan
si suami.

Sebelum menuju ke destinasi utama,
Tengku Aaron pandu kereta menuju
ke rumah Adrian terlebih dahulu.

Dalam keadaan begini,seeloknya anak-
anak ditinggalkan kepada kawannya
dahulu. Majlis itu tidak begitu sesuai
untuk mereka bawa anak-anak bersama.

Lagi pula kembar mereka memang jenis
tak suka berada di suatu tempat dalam
masa agak lama.Mereka nanti akan cepat merengek.

Tengku Aaron pada waktu itu sedang
duduk di sofa yang terdapat di tengah
-tengah lobby hotel mewah tersebut,
Amanda hampiri.

"Abang,jom kita balik.Saya dah rindu
dengan anak-anak."Tangan suaminya
ditepis lembut,kemudian digantikan
dengan tangannya mengurut leher
Tengku Aaron.

Dia juga penat tetapi ianya masih tidak
dapat melawan perasaan rindu terhadap
anak-anak mereka.

Selama membesarkan mereka,tidak
pernah sekalipun Amanda berjauhan
dengan mereka begitu lama.Ke mana
dia pergi,anak-anak wajib dibawa.

Hatta pasar raya yang berdekatan
dengan rumah mereka.

Dan gara-gara itu juga,Amanda lebih
suka tinggal di rumah bermain bersama
anak-anak berbanding keluar.Lagi-lagi
kalau ketiadaan suaminya.

Pernah juga sekali Tengku Aaron
minta Amanda menghabiskan masa
bersama anak-anak dengan keluar
bersiar-siar,namun Amanda enggan
melakukan itu.

"Sayang...."

Tangan Amanda,Tengku Aaron tarik
lalu tubuh genit isterinya dibawa ke
samping.Tangan kiri turun merangkul
pinggang ramping isterinya.

Amanda ditatap begitu lama.

Isterinya nampak begitu cantik apabila mengenakan make-up pada wajah.

Amanda memang sejenis wanita
yang kurang berhias kerana dia
banyak mengabiskan masa di
rumah,tetapi itu tidak bermakna
Amanda tidak cantik orangnya.

Bagi Tengku Aaron,isterinya adalah
seorang wanita yang cukup sempurna kejadiannya.

Dan walau dalam keadaan macam
mana sekalipun,mata ini tidak akan
pernah jemu menatap segenap wajah
tersebut.

"Sekejap abang call Adrian.Tanya mereka
ada dekat mana sekarang."

Telefon bimbit yang berada di dalam
poket seluar,Tengku Aaron keluarkan.
Adrian segera dihubungi.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now