Jam tepat menunjukkan pada pukul
dua belas malam,sebuah kereta mewah
yang dipandu laju sepanjang perjalanan
tiba di wad kecemasan hospital.Terlihat
pintu penumpang belakang terbuka luas.Setelah itu,muncul satu susuk tubuh
lelaki yang sedang memangku seorang
wanita merupakan isterinya yang tidak sedarkan diri bersama wajah yang cukup cemas.Menjerit memanggil doktor di muka
pintu wad dengan suara yang begitu kuat. Lelaki itu menahan esak tangis.Hanya
tuhan sahaja yang tahu perasaan dia
sepanjang perjalanan hendak tiba di
hospital.Tidak henti Kelvin menyeru
nama isterinya yang jelas-jelas sedang
pengsan.Bahkan,dia juga memaksa Tengku
Aaron untuk memecut laju di jalan raya.
Ketika itu,Kelvin hanya sempat berfikir
untuk menyelamatkan Bella sahaja.Soal keselamatan mereka yang kemungkinan
bakal terbabas akibat memandu melebihi
had laju langsung tidak terlintas di
kepala.Hanya Bella sahaja yang dia perlukan
sekarang ini.Disebabkan luka serta kesan toresan
yang agak dalam,Bella dimasukkan
ke dalam wad penjagaan rapi bagi
memudahkan doktor untuk memantau
keadaannya.Selain daripada itu,doktor
juga mengatakan kemungkinan besar
bahawa isterinya itu menghidap tekanan
perasaan.Dan gara-gara itu juga menyebabkan
Bella berani mengambil tindakan
sedemikian.Hanya orang yang tidak mempunyai perasaan sahaja yang
berani mencederakan diri sendiri.Mendengarkan itu,Kelvin terus
terduduk.Air mata lelaki itu berlinang.
Tidak perlu menyoal gara-gara apa
yang menyebabkan sehingga Bella
tekanan kalau bukan semua itu
berpunca daripadanya.Semua ini salahnya dirinya.Benar
apa yang diperkatakan Tengku Aaron
dulu.Kalau dari awal dia tidak membuka
pintu untuk Dahlia masuk,mungkin
semua ini tidak akan berlaku pada
rumah tangganya.Bella tidak akan
terlantar di rumah sakit.Bahkan dia
juga tidak perlu menyalahkan diri
sendiri atas apa yang berlaku.Dan yang paling menyedihkan apabila
masalah ini bukan sahaja menjejaskan
mental isterinya,bahkan kandungan
Bella juga terlibat sama."Nah,minum dulu."
Terlalu asyik merenung dinding kosong
yang terdapat di hadapannya sehingga
tidak menyedari Tengku Aaron yang
masih belum pulang sedang menghampiri
ke arahnya sambil membawa sebotol
air mineral.Kawan baiknya itu mengambil tempat
di kerusi sebelah.Bahu Kelvin dipaut
kemas.Berat bebanan yang ditanggung
Kelvin waktu itu.Dia yang melihatnya
turut kesian."Kenapa kau belum balik?Amanda
dan anak-anak kau macam mana?"
Soal Kelvin,perlahan.Penutup botol
dibuka.Demi menjaga hati Tengku Aaron yang berpusah payah membelikan minuman untuknya,air mineral tersebut diteguk
sehingga tinggal separuh."Dia orang ada dalam kereta.Anak-anak
aku dah meragam tadi.Mengantuk sangat rasanya.Itu yang aku suruh Amanda
masuk dalam kereta dulu.""Kau patut balik,Aaron.Jangan
risaukan aku.Aku okey."Kelvin mula
diserang rasa bersalah.Kesian lelaki
ini terpaksa berkorban masa bersama
keluarga semata-mata demi dirinya.Memang Amanda tidak berkata apa-
apa,cuma Kelvin kesian melihat dua
anak kecil mereka yang terpaksa
dibawa bersama.Sepatutnya waktu-
waktu begini mereka sekeluarga
sedang nyenyak tidur bukannya
berada di hospital."Kau tak nak balik sekali?Aku boleh
tolong hantarkan.Bella pun belum sedar
lagi tu."Tengku Aaron baru menyedari
bahawa mereka berdua masih berpakaian
yang sama semenjak pulang dari majlis
persandingan Adrian.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...