bab 21

1.7K 107 4
                                    

Selesai membayar harga barang,Kelvin
yang diikuti teman-temannya,segera
bergerak mendapatkan kereta masing-
masing yang terletak di tempat parking.

Bagi menjimatkan masa,Ben serta
Ezra dan Adrian memutuskan untuk menggunakan satu buah kenderaan sahaja.

Usai menghampiri kereta,pintu pada
bahagian penumpang dibuka.Bersama
anak lelaki Tengku Aaron yang ketika
itu sedang berada di dalam dukungan,
Ben segera memboloskan diri ke dalam
perut kereta.

Sementara itu pula,Adrian dan Ezra
berada pada bahagian depan pemandu.

Hanya setelah melihat kereta Kelvin keluar
dari kotak parking,Brabus G800 kepunyaan Ezra perlahan-lahan dipandu mengekori Kelvin dari arah belakang.

Dua kereta mewah tersebut kemudiannya meluncur laju di atas jalan raya.

Enjin kereta terus dimatikan sebaik sahaja
mereka tiba di destinasi.Iaitu perkarangan
villa Kelvin.

Untuk seketika,Ezra pandang keadaan
sekitar villa.Di mana tiada sebarang
perubahan dari yang lama boleh dia
nampak.

Bahkan Kelvin berjaya mengubah
suasana menjadikan ia lebih tenang
dan juga selesa.

Nafas dihela perlahan.Bertahun lama
dia tidak menjejaki kaki disini,namun
tiada sesiapa sangka dia akhirnya kembali semula ke tempat ini.

Sedar akan perubahan Ezra,bahu
lelaki yang masih berada di dalam
dunia sendiri,Adrian tolak kasar.Itu
membutkan Ezra tanpa sengaja terdorong
ke hadapan.

Wajah si teman dipandang tajam.Dan
Adrian membalas dengan satu jelingan
tajam.

Jelingan membawa maksud supaya
Ezra menjaga tingkah lakunya.

Jangan lakukan sebarang reaksi sehingga
boleh mendatangkan curiga kepada Bella.

Bebola mata Ezra menyoroti setiap
langkah Adrian sehingga bayangan
lelaki itu menghilang di sebalik pintu
utama villa.

"Kelvin,plastik-plastik semua ini aku letak
dekat atas meja."Ucap Adrian usai membawa
masuk kesemua plastik yang mengandungi
barang dapur.

"Terima kasih,Adrian.Awak letak jelah
dekat situ dulu.Nanti saya dan Kelvin
yang akan susunkan ke tempat asal."

Adrian menoleh ke belakang.Bella yang
baru sahaja menjejaki dapur tersenyum
manis.

Apabila gadis itu melintasinya,satu
tapak Adrian berundur ke belakang
memberi laluan kepada gadis itu.

"Mana yang lain?"Dia menyoal Bella.

"Ada dekat kolam renang sana.Cuba kau dengar baik-baik.Tak akan tak dengar Ben
tengah menjerit tu."

Kelvin yang baru sahaja turun dari
tingkat atas,laju mencelah percakapan
di antara Adrian dan juga isterinya.

Niat untuk menukar baju terpaksa
ditangguhkan setelah menyedari di
bawah sana,Bella ditinggalkan sorang
diri.

Bukan nak cakap dia tidak percayakan
teman-temannya,cuma setelah bahunya
menggalas satu tanggungjawab sebagai
seorang suami,apa-apa tindakan yang
diambil sekalipun,Kelvin haruslah
sentiasa berhati-hati.

"Kalau macam gitu,aku pergi join diorang
dulu.Tak naklah kau aktiviti korang suami isteri dekat dapur ni."

Adrian senyum menyeringai.Sepatutnya
dari tadi lagi dia sudah beredar.Bukannya
tak perasan riak cemburu yang ditayangkan
Kelvin itu.

Dalam sekelip mata,keadaan villa Kelvin
yang selama ini sunyi tanpa sebarang bunyi bertukar menjadi riuh-rendah hanya setelah kedatangan teman-teman serta anak-anak Tengku Aaron.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now