bab 2

3K 157 3
                                    

Kelvin terjaga dari tidur seawal pukul
enam pagi.Terkedip-kedip kelopak mata
memandang siling yang kosong tanpa
sebarang hiasan.

Begitulah dia setiap hari.Hendak bangun
saja perlukan masa cukup lama.Kemudian,
comforter diselak kasar.Kedua belah kaki
dijatuhkan pada lantai marmar.Sejuk hilang
ke tulang.

Sarung bantal,cadar dan comforter yang
telah digunakan lebih pada empat hari dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

Harus diasingkan supaya memudahkan
pekerjaan Mama membasuh pakaian.

Tidak terus membersihkan diri sebaliknya Kelvin bergerak menuju ke ruangan wardrobe sebelum menapak keluar membawa cadar baharu.Sebagai lelaki dewasa,ada baiknya dia melakukan pekerjaan sendiri ini tanpa meminta pertolongan daripada Mama walaupun dia tahu yang Mama sedia menolong.

Setidak-tidaknya Kelvin cuba berusaha
hidup berdikari.Bukan setakat mengemas.
Boleh dikatakan memasak itu adalah salah
satu kepakaran Kelvin.

Selama tinggal di negara orang bersama teman-teman yang lain,Kelvin lah yang bertanggungjawab memastikan perut
mereka sentiasa kenyang.

Usai mengemas,senaman ringan dilakukan.
Cukup untuk mengembalikan tenaganya semula.Setelah 10 minit melakukan push up,bilik air dituju.

Cukup sekadar mengambil masa selama lima belas minit.Kelvin kemudiannya melangkah keluar.

Sehelai kemeja putih dan seluar slack
hitam yang tersimpan di dalam almari
dicapai.Memastikan badan sudah kering
sepenuhnya,kemeja tersebut disarungkan
di badan.

Rambut dirapi kemas.Penampilan diri haruslah sentiasa kelihatan kemas.Setelah
itu,tali leher berwarna hitam menjadi pilihan Kelvin.Ia satu warna yang begitu sesuai dipadankan dengan kemeja berwarna putih.

Perfume dicapai kemudiannya sebelum
disemburkan ke seluruh badan.Leher dan pergelangan tangan adalah bahagian paling diutamakan.

Berpuas hati hati dengan penampilan
diri,Kelvin membawa diri keluar.

Seketika...

Bibir tersungging senyum.Dari jauh sudah penglihatan mata sudah dapat menangkap kelibat mama yang sedang menyusun atur sarapan.

Barangkali,mama sedang menunggu dia dan papa turun sarapan.

"Goodmorning,my son"Ucap Puan Kay ceria setelah menyedari ketibaan anak terunanya.

Wanita tersebut menoleh sekejap sebelum
kembali menyambung menyapu jem pada permukaan roti.Sapaan mama sekadar dibalas dengan senyuman.

Tidak lama kemudian,sosok tubuh Encik Kamal mula menghampiri isteri dan anak lelakinya.Lelaki berusia 60-an itu kelihatan santai memakai t-shirt kosong.

Itulah pakaian seharian Encik Kamal
setelah meletakkan jawatan di syarikat.

Kini,syarikat tersebut telah diterajui oleh
satu-satunya anaknya iaitu Kelvin.Segala
urusan yang berkaitan dengan syarikat
semuanya dibawah tanggungjawab Kelvin.

"Morning,pa."Ucap Kelvin senada.

Pandangan dibuang sebentar sebelum
kembali memeriksa jadual yang barusan
dihantar oleh pembantunya.

Seketika...

Pandangan Encik Kamal dan Puan Kay saling
bertaut sebelum perlahan-lahan Encik Kamal menjatuhkan kepala.Membenarkan isterinya
memulakan pertanyaan.

"Kelvin.."

"Ye,ma."

Jeda.

Nafas ditarik dalam-dalam.Mungkin topik yang akan bangkitkan boleh memancing
mood Kelvin.Tetapi sebagai ibu,Puan Kay
turut tidak sabar.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now