Memandangkan pada malam ini akan
berlangsungnya satu parti yang agak mewah,
Bella memilih untuk mengenakan pakaian yang agak seksi bahkan mampu buatkan
sesiapa yang melihatnya akan terpegun.Memilih warna hitam kerana itu adalah
warna kegemarannya.Gaun hitam tidak berlengan dan juga hanya separas lutut.Potongan mengikut bentuk tubuh badannya
yang langsing.Rambut yang selama ini dibiar bebas
pada malam ini akan disanggul tinggi.
Tidak lupa juga dengan fishnet stockings
yang disarungkan pada kedua belah kakinya.First time dia pakai benda alah ni.
Selama ini,mana berani.Kalau Ibu
tengok ni harus dibakar.Pada malam ini juga,penampilan Bella agak
terlebih seksi berbanding malam sebelum-sebelum ini.Dan untuk sentuhan terakhir,perfume
berjenama mewah disemburkan pada
seluruh anggota badan.Bella tersenyum puas.Sudah tentu dia
puas melihat gaya penampilan sendiri.
Nampak cantik dan begitu elegen.Usia itu,dia perlahan-lahan menapak
keluar.Enggan menghasilkan bunyi
sehingga mampu mengejutkan ibu dan ayahnya yang sudah dijemput lena,setiap langkah diambil penuh berhati-hati.Setelah makan malam bersama,kedua
ibu bapanya terus masuk ke dalam bilik
dan sehingga kini tidak muncul-muncul.
Untung juga mereka tidur awal malam ini.Setelah itu,pintu rumah dikatup perlahan.Tidak lupa juga membawa
kunci rumah bersama.Senang nanti bila
dia nak balik.Mini cooper berwarna merah kepunyaan
yang elok tersadai di garaj dituju.Bella
berjalan dengan penuh rasa bangga.Tidak lama beberapa minit kemudian,
pancuan empat roda tersebut sudah
meluncur keluar dari perkarangan rumah.Di dalam kereta,nyanyian kecil tercetus
dari bibir mungil Bella.Menandakan
bahawa ketika ini dia benar-benar gembira.Sudah lama tidak dapat merasa angin
malam semenjak terikat dengan Kelvin.
Kadang-kadang jujur Bella katakan yang
dia agak rimas kerana sering dikongkong.Sekali-sekala dia juga memerlukan hiburan.
Ini tidak,kalau keluar pun gara-gara
bekerja.Lebih parah,bila hendak keluar
shopping dia harus mengajak Kelvin
bersama.Tidakkah itu dipanggil dikongkong?
Dan itulah membuatkan dia benar-benar
rasa rimas.Merasakan agak lama memandu,tiba-
tiba anak tekak terasa kering.Signal
kanan diberikan apabila anak mata
terpandang papan tanda 7-eleven yang terdapat pada sekitar jalan itu.Tujuan Bella cuma satu.Hanya perlu
membeli sebotol air mineral kemudian membayarnya.Mata-mata yang asyik
memandang dirinya dianggap tidak pernah
wujud sesama sekali.Oh bukan dirinya sebaliknya cara penampilan
Bella.Macam tak biasa tengok perempuan pakai
baju seksi."Aik,buat apa Bella keluar malam-malam macam ni?Pakai cantik pulak tu."Soal Ezra.
Pelik.Sewaktu Bella sudah memboloskan diri ke dalam perut kereta,kebetulan Ezra juga tiba
di kedai yang baru sahaja Bella singgah.Nak tegur tetapi mulut seakan-akan berat
bila hendak menyeru gadis itu.Jarang sekali
dia melihat Bella dalam persalinan sebegitu.Lebih terkejut bila terpandang fishnet stockings yang Bella sarungkan.Gaya
macam nak pergi kelab malam.Tapi,
tak mungkin kot.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...