Kereta yang dipandu Kelvin berhenti tepat
di hadapan pagar sebuah tadika merangkap tempat kerja Bella.Dilihat-lihat tadika ini tidaklah besar seperti dia sangkakan.Sekadar rumah taman yang diubah usai menjadi sebuah sekolah bagi anak-anak kecil.
Sejenak,pandangan Kelvin teralih pada
orang sebelahnya.Tunak pandangannya memandang pemakaian gadis itu.Kelvin tersenyum sendiri.Sehelai baju kurung moden berbunga
halus tersarung kemas pada tubuh Bella.
Rambut pula,Bella ikat satu menjadikan ia seperti ekor kuda.Tidak lupa juga dengan
solekan tipis pada wajahnya.Pada pemerhati Kelvin,Bella ialah seorang
yang suka bermake-up.Tidak kira siang atau
malam,wajah itu pasti akan sentiasa berwarna.Biasalah perempuan.Make-up untuk keyakinan diri bukan semata-mata ingin
menarik perhatian kaum lelaki.Setelah itu,anak mata turun pula pada sepasang kaki Bella.Lebih mengembirakan
bila Bella menyarungkan kasut pemberian Kelvin.Sungguh,Kelvin rasa begitu dihargai meskipun pemberiannya tidaklah sebesar mana."Cantik kasut."Kelvin memuji.
Sedangkan Bella masih menayangkan reaksi terpinga-pingga sehinggalah akal mula dapat menangkap makna di sebalik kata-kata Kelvin.
Tanpa bersalah,kain baju kurung diselak
sehingga paras betis.Ingin menunjukkan
kasut yang dipakai sebenarnyaMelihatkan betis putih Bella bak salji itu,
sepantas kilat kepala Kelvin tertoleh ke hadapan semula.Dada diurut perlahan.Nasib dia tidak mencarut tadi.
"Cantikkan?Lebih cantik bila saya yang
memakainya."Tanpa memandang lelaki
itu,Bella berkata.Kaki dipusing ke kiri dan
juga ke kanan.Memandangkan kasut ini terlalu cantik
bahkan yang memberi itu ialah seseorang istimewa baginya.Tanpa bertangguh,hari
ini juga Bella putuskan untuk memakainya.Sekaligus mahu mengatakan bahawa dia
benar-benar menghargai pemberian lelaki
itu.Kelvin kembali memandang Bella setelah menyedari gadis itu sudah menurunkan
kembali kainnya.Bahaya budak Bella ni.
"Kalau takde apa-apa lagi,saya masuk
dulu.Terima kasih sekali lagi saya ucapkan sebab sudi hantarkan saya.Dan satu lagi,
pukul 4.00 nanti jangan lupa datang jemput saya.Saya balik lewat sikit hari ni sebab perlu
hadiri mesyuarat dengan guru-guru lain."Bella sempat menitipkan pesanan sebelum
pintu kereta ditutup rapat.Setelah itu,langkah diatur perlahan.Selagi bayangan gadis itu masih kelihatan
dan belum selamat masuk ke dalam kelas,
selagi itu kereta Kelvin tidak akan meninggalkan kawasan itu.***************************
Fail berwarna biru disemak buat kesekian kalinya.Jemari pula laju menekan papan
kekunci.Berketak-ketak bunyi yang terhasil setiap kali jemari panjang itu menekan huruf tertentu.Sekejap,dahinya berkerut.
Sekejap,rahang diketap kuat.
Dan setelah itu,fail disemak sekali lagi.
Kelvin merengus kasar seraya mengelengkan
kepala berkali-kali.Rambut yang terletak kemas diraup kasar.Tak puas dengan semakan kali ini,
butang interkom ditekan."Nurul,masuk bilik saya sekarang!"
Senada arahan dijatuhkan.Tidak lama dengan panggilannya,bayangan
seorang gadis terlihat jelas pada pintu utama
biliknya yang diperbuat daripada kaca.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...