"Good Morning,Boss."
Sapaan mesra dari perkerjanya
apabila dia melewati ruangan utama
syarikat sekadar dibalas dengan
anggukkan kepala serta segaris
senyuman di bibir.Kelvin bukanlah seorang yang sombong,
cuma bila berdepan dengan semua
pekerja perwatakan Kelvin akan
spontan berubah menjadi seorang
yang tegas.Tidak perlu bimbang kerana semua
pekerja disini sudah kalis dengan
sikapnya.Langkah kemudiannya diatur
menghampiri ke arah lif yang
satu-satunya berada di kedudukan
yang agak jauh dari lif-lif lain.Lif
tersebut direka khas buat dirinya
sahaja.Kelvin tidak suka berkongsi atau
berhampit dengan orang lain.Tambah-tambah pula bila mana-
mana lif biasa terpaksa berhenti
setingkat demi setingkat bagi
menghantar orang lain.Membuang masa.
"Boss!"Beberapa langkah sahaja lagi
sebelum kaki menghampiri ke arah
lif,kedengaran satu laungan kuat dari
arah belakang sedang memanggilnya.Kelvin palingkan badan mencari
di mana arah si pemanggil tersebut.
Ternyata itu adalah pekerja lelaki yang
dia telah amanahkan untuk lelaki itu
mencari pembantu baru buatnya.Kelihatan lelaki itu sedang menghampiri
ke arahnya dalam keadaan tergesa-gesa."Good Morning,Boss."
"Hm..Morning."
Tanpa berlengah,lelaki itu terus
menghulurkan satu fail nipis berwarna
biru gelap kepada Kelvin.Kelvin memandang fail tersebut
bersama kerutan dahi.Menghantar
satu pandangan bagi meminta perjelasan
soal fail tersebut."Resume pembantu boss."Lelaki itu
menerangkan."Dia masuk hari ini,kan?"Tidak terus
menyambut fail itu kerana Kelvin
merasakan itu tidak penting.Dia yakin pekerja yang telah dipilih
bukan calang-calang orang.Mesti
seorang yang bagus dalam pekerjaan
kerana semua pekerja di sini tahu,
yang Kelvin sangat menitik berat
dalam pengambilan pekerja baru."Betul.Kalau diikutkan dia boleh
mulakan kerja dia hari ini juga.Tapi
memandangkan Boss sendiri belum
mengadakan sesi temuduga dengan
dia.Saya rasa ada baiknya Boss berjumpa
dulu dengan dia.""Jadi dia dah datang?"
Lelaki itu pandang jam di tangan.
"Belum.Rasanya dalam sepuluh
minit lagi.Boss tunggu saja dulu
dekat atas.Bila dia dah sampai,
saya akan bawa dia ke bilik boss."
Ucap lelaki itu serba ringkas.Kelvin sekadar anggukan kepala.
Pusingkan badan lalu langkah kaki
kembali menapak masuk ke dalam
perut lif.Namun belum sempat tubuh
menghilangkan di sebalik perut
lif,lewat ekor matanya tiba-tiba
menangkap satu bayangan wanita
yang sedang melewati area situ.Kelvin tersentak.Kepala dipusingkan
mencari bayangan yang dilihat tadi.
Tiada sebarang bayangan mencurigakan
dia dapat lihat melainkan anak mata
tertumpu tepat ke arah lif pekerja yang
sedang menempatkan beberapa
orang manusia di dalam itu.Namun terdapat satu postur tubuh
yang sedang membelakang Kelvin
kelihatan begitu familiar.Kelvin ingat-ingat lupa dan kurang
yakin.Rasa macam pernah dilihat
postur tubuh itu.Atau itu sebenarnya teman lama
dia?Cuma Kelvin yang lupa.Tetapi
seingat-ingat Kelvin,dia tidak
mempunyai kawan perempuan yang bertudung.Wajah keseluruhan wanita itu masih
belum dapat kelihatan kerana wanita
tersebut masih kekal dengan kedudukan
yang sama.Tidak lama selepas itu,pintu
lif tersebut tertutup.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...