bab 36

1K 49 1
                                    

Flashback..

Sebotol minyak wangi berjenama dicapai
lalu penutup botol tersebut dibuka.Usai itu,
minyak wangi kegemarannya disembur pada seluruh badan sehingga menghasilkan satu bau yang begitu semerbak.Inilah bau Kelvin.Dari jauh sudah dapat kesan baunya.

Dan bau ini juga adalah bau kegemaran
Dahlia.Sebab itu jugalah Dahlia suka menempel dengan dia.Nak ambil bau
kata gadis itu.

Sehelai t-shirt hitam disarungkan pada
badan.Rambut yang diwarnakan dengan
warna perang digayakan dengan kemas.
Tidak ketinggalan juga gelang hitam untuk dipakaikan di pergelangan tangan.

Setelah berpuas hati dengan penampilan
diri,telefon bimbit yang berada di atas katil
dicapai.Nombor telefon Adrian dicari lalu
didail dengan kadar segera.

"Haish..mana perginya.."Geram sungguh
tabiat Adrian yang selalu lambat mengangkat panggilan.Dua kali Kelvin cuba membuat panggilan namun masih belum dapat jawapan.

Dan dia yang sememangnya bukan seorang
manusia penyabar,terus meletakkan panggilan kemudian cuba mendail nombor Ezra pula.

"Ha,angkat pun.Kau orang semua ada
dekat mana?Dah bersiap ke belum?Lama
aku tunggu kau orang sampai tapi tak
sampai-sampai pun."

"Kau datang jelah dekat rumah Aaron ini.
Kami semua ada dekat sini.Malaslah nak
pergi jemput kau.Rumah kau jauh.Satu lagi
kami tengah tunggu Aaron bersiap.Bersiap
mengalahkan perempuan."Ucap Ezra di
talian.

Kelvin mendecit halus.Kalau cakap awal-
awal kan senang.Boleh dia gerak dulu tadi.
Buang masa saja tunggu mereka.

"Yelah..yelah.Menyusahkan betul.Tadi tak cakap awal-awal."Panggilan kemudiannya
diletakkan.Telefon disimpan balik ke dalam
poket seluar setelah itu.

Jaket hitam yang tergantung di belakang
pintu laju dicapai.Tidak lupa dengan helmet kesayangannya.Kunci motor dibaling tinggi
sambil bibir mengeluarkan satu siulan kecil.

Belum sempat pintu rumah dibuka,remaja
itu tiba-tiba disapa oleh suara Mama.

"Kelvin nak pergi mana malam-malam
ini?Wangi macam nak pergi jumpa teman wanita."Sedar-sedar susuk tubuh Mama
sudah berada di hadapannya sambil
tersenyum manis.

Belakang leher digosok perlahan.Kelvin
menayangkan reaksi tidak bersalah.Perkara
paling dia tidak gemari telah terjadi.Sangka
Kelvin,kedua ibu bapanya sudah naik tidur
memandangkan bilik mereka juga sudah
gelap.

"Eh,Mama.Kelvin nak keluar sekejap
dengan kawan-kawan.Ini kenapa Mama
belum tidur?"

"Mama terjaga.Turun bawah sekejap nak
minum air.Kalau nak keluar itu jangan
balik lewat sangat.Jangan pergi ke tempat
yang tidak sepatutnya kamu pergi.Kalau
setakat keluar dengan kawan-kawan kamu,
Mama izinkan."Ucap Puan Kay dengan nada
yang lembut.Sepanjang membesarkan satu-
satunya anak tunggalnya ini,tidak pernah
sekalipun dia meninggikan suara kepada
Kelvin.

Jangan kata jentik.Marah pun tidak
pernah.Lagipula,sikap Kelvin iaitu
sering menyenangkan hati mereka
suami isteri menjadikan Puan Kay serta
suaminya tidak seperti ibu bapa diluar
sana.

"Ma..Kelvin rasa sepanjang hari minggu
Kelvin tak balik sini.Kelvin nak duduk dekat
Villa sana.Dah lama tak jenguk rumah sana.
Bukan selalu Kelvin balik dekat sana.Hari
minggu je boleh."

Puan Kay terdiam buat seketika.Betul juga
apa yang diperkatakan anaknya.Memang jarang Kelvin balik ke Villa memandangkan
dia sendiri yang melarang anaknya pulang ke sana.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now