bab 37

993 62 3
                                    

Flashback...

Selepas pulang dari kelab malam yang
dikunjungi mereka,Kelvin serta yang lain
terus membonceng motorsikal menuju ke
Villa milik lelaki itu dengan kadar segera.

Agak lama juga mereka menghabiskan
masa di kelab malam tersebut,bukan setakat untuk menari,malah itu juga adalah salah
satu aktiviti yang wajib mereka lakukan
setiap hari minggu.

Kegiataan mereka masih lagi belum
diketahui oleh ahli keluarga masing-
masing.

Lelaki.Otak geliga.Pandai putar
belit cerita semata-mata hanya untuk menyakinkan ibu bapa sehingga mereka
percaya.

"Suka hati kau orang lah nak tidur dekat
bilik mana.Yang penting jangan masuk
bilik aku sudah."Ucap Kelvin yang sedang
mencepung Dahlia yang kelihatan begitu
mabuk setelah meneguk tiga gelas besar
minuman keras.

Bising mulut gadis itu menguman
perkataan-perkataan yang kurang jelas.

Tengku Aaron memandang ke arah
pasangan kekasih itu dengan pandangan
yang menjengelkan.

"Kenapa kau tak hantar Dahlia pulang
dulu?Rasanya tak perlu sampai nak angkut
balik rumah."Tengku Aaron melahirkan rasa
kurang senang dengan sikap Kelvin yang
semakin hari semakin liar.

Bebas angkut perempuan sana sini.Dan
apa yang lebih mengecewakan,kedua ibu
bapa Kelvin sendiri menyerahkan segala kepercayaan kepada lelaki itu.Tapi apa yang Kelvin buat belakang mereka?

Kalau mereka tahu sikap sebenar anak
lelaki yang betapa mereka sayangi,hancur
hati kedua-dua mereka.

"Eh kau!Tiba-tiba pula malam ini nak
bersuara pasal benda ini.Sebelum-sebelum
ini okey saja.Bukan malam ini saja aku
angkut perempuan balik rumah.Tapi tak
ada pun kau bising."Bidas Kelvin,tidak
berpuas hati dengan tanggapan Tengku
Aaron.

Dia akui yang dia selalu angkut perempuan
sana sini bawa pulang ke rumah tetapi
tidaklah sampai masuk ke dalam bilik
walaupun mereka sering mengodanya.

Cuma dengan Dahlia sahaja Kelvin berani
melakukan perbuataan itu bahkan mereka
pernah terlanjur berkali-kali dek kerana
Kelvin sendiri yang tidak dapat mengawal
diri.

Lagipula semua yang berlaku atas dasar
suka sama suka.Jadi jangan letakkan
kesalahan tersebut kepada Kelvin seorang.

"Betul apa yang Aaron cakap itu,Kelvin.
Kau tak takut ke kalau Mama dan Papa
tahu apa yang selama ini kau dah lakukan
di belakang mereka.Kau sebenarnya dah terpesong jauh,Kelvin."

Adrian menapak menghampiri ke arah
Kelvin.Dia juga bukan seorang manusia
yang tidak pernah melakukan dosa,cuma
bagi dia perbuataan Kelvin sudah melampau.
Langsung tiada rasa bersalah setelah berkali-kali melakukan dosa.

Bibir Kelvin spontan tersungging satu senyuman sinis tatkala mendengar nasihat yang keluar dari mulut teman-temannya.
Pandangan Kelvin cenderung memandang
satu persatu wajah teman-temannya.

"Kalau kau orang semua nak bagi ceramah
dekat sini,aku sarankan kau orang boleh
balik.Sini bukan tempat yang sesuai untuk
aku dengar ceramah yang tidak berfaedah
daripada kau orang."

Tanpa bersalah lelaki itu terus mendaki
anak tangga menuju ke tingkat atas di
mana terletak bilik tidur miliknya.

Sekaligus meninggalkan teman-temannya
yang masih berada di ruang tamu yang
setia memandang ke arah  pasangan
tersebut.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now