Bab 51-END

1.3K 79 6
                                    

Awal pagi,Kelvin sudah bangun menyiapkan sarapan buat isteri serta tidak lupa juga panaskan susu untuk Arjuna.Bakul pakaian yang mengandungi pakaian kotor dibawa
ke ruang laundry.

Selesai meletakkan kesemua pakaian kotor
ke dalam mesin basuh dan tidak lupa juga
memasukkan cecair pencuci pakaian,
butang untuk memulakan cucian ditekan.

Sementara menunggu pakaian siap
dicuci,Kelvin kemudiannya menuju ke
stor penyimpanan barang.Vacuum dikeluarkan.Walaupun keadaan rumah
nampak seperti tidak bersepah tetapi
hakikat bahawa dia adalah seorang yang
sangat menitip berat soal kebersihan
tidak akan dapat diubah.

Kalau boleh dia tak mahu satu habuk pun
berada di sekitar bahagian ruangan rumah.
Lebih-lebih sekarang.Dengan adanya anak kecil di rumah,risiko untuk anak sekecil
Arjuna diserang penyakit akibat tidak
menjaga kebersihan sangatlah tinggi.

"Haih,dah kering."Lelaki itu melepaskan
keluhan tatkala melihat kesan air kopi
yang telah kering dek kerana dia lupa
untuk membersihkan semalam.

Ini semua salah lipas!

Kalau bukan sebab terkejut dengan
kehadiran haiwan tersebut,semua ini
tak akan berlaku.Sedang asyik mengelap
kesan air kopi tersebut,telefon pintar
Kelvin yang berada di dalam poket seluar
tiba-tiba berdering.

Melihat panggilan daripada Ezra,punat
hijau laju ditekan.Telefon dilekapkan
pada telinga sambil Kelvin menahannya menggunakan bahu.

"Nak apa call pagi-pagi buta ini?"Awal
pula lelaki itu bangun.Setahu Kelvin kalau
hari minggu macam ini,selagi matahari
belum berada di atas kepala jangan
harap dapat tengok Ezra bangun awal

"Macam tak sudi je terima panggilan
aku?"

"Memang tak sudi pun."Sejurus berkata,
gegendang telinga Kelvin disapa oleh
suara ketawa Ezra yang begitu kuat.

Ezra...Mana tahu erti serius.

"Ini aku nak tanya,petang nanti kau ada
je kan dekat rumah?Sebab aku dengan
yang lain rancang nak datang melawat
anak kau.Kan kalau datang secara mengejut,kau pula yang tak ada."

"Itu je?Kalau sekadar nak tanya tentang
tu,baik kau WhatsApp je.Ini mesti ada
benda lain kau nak tanya.Baik kau cakap
sekarang."Mereka sudah lama berkawan,
jadi Ezra memang tak akan dapat tipu dia.

Sejenis Ezra ini lebih gemar berbincang
melalui chat berbanding panggilan.
Melainkan jika sesuatu perkara itu adalah perkara yang sangat penting untuk dibincangkan melalui panggilan.

"Ingat tak dapat tangkap tadi.Tak...
Cuma aku nak bagitahu tentang Dahlia.
Dia.."

"Perempuan itu dah kena reman.Ye,aku
tahu.Peguam aku dah maklumkan
semalam."

Perempuan yang dimaksudkan ialah
Dahlia.Selepas kejadian yang menimpa
kepada rumah tangganya,Kelvin akhirnya
memutuskan untuk menfailkan saman
ke atas Dahlia atas tuduhan mengganggu
rumah tangganya serta menggugut Kelvin
untuk menyebarkan video lama mereka.

Kelvin fikir cukup dia memberi amaran
sahaja kepada Dahlia,namun semua itu
tidak seperti yang dijangka.Beberapa
minggu yang lepas,isterinya menerima
satu mesej bergambar berbaur ugutan daripada seseorang.

Imej tersebut jelas menunjukkan dua
anak patung seakan-akan anak serta
ibu ditikam berkali-kali pada bahagian
perut.Tidak cukup dengan itu,dikirimkan
juga satu bungkusan yang mengandungi
bangkai tikus ke alamat rumah mereka.

Disebabkan kejadian itu,Kelvin telah
merampas serta melarang isterinya
menggunakan telefon pintar sewaktu
masih dalam tempoh berpantang.Dia
takut sekiranya mental Bella akan
terganggu dan perkara yang tidak
diingini akan terjadi.

Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now