bab 3

2.3K 134 6
                                    

Screen yang memaparkan bilangan angka-angka ditatap lama.Sejumlah bilangan nombor yang harus dia faham supaya tidak tersilap seperti beberapa minit yang lepas.Itu adalah kali pertama Kelvin melakukan kesilapan sewaktu bekerja.Sebelum ini,semua fail yang diperiksa tidak pernah dipulangkan kembali kepadanya.Entah apa yang bermain yang minda sekarang hingga membuatkan dia hilang fokus buat sekejap.Mindanya jadi bercelaru.Lain yang difikirkan lain yang ditulis.

Kelvin bersiul  kecil.Sekejap garu kepala.
Pen di tangan diputarkan berkali-kali.
Cuba membuang segala benda yang masih menganggunya dan fokusnya cuma tertumpu pada screen.

Fokus Kelvin.Fokus.

Seketika kemudian,satu keluhan
dilepaskan.Kuat.Menunjukkan dia
betul-betul serabut.Nampaknya selagi
dia belum beri kata putus selagi itu hidupnya tidak tenang.Kerusi dipusingkan menghadap rak buku yang terletak di belakangnya.

Terpampang satu bingkai gambar besar
yang terdapat gambar Mama dan Papa.
Sebelum bilik ini menjadi hak miliknya lagi,memang bingkai ini sudah tersedia lama.Pandangan tunak pada wajah kedua
ibu bapanya.Tidak berkedip sama sekali.

Nampak begitu jauh renungan Kelvin kali ini.Berbelah bagi sama ada mahu menuruti pilihan Mama atau pilihan hati sendiri.Kalau ikutkan hati,Kelvin lebih memilih untuk hidup sendiri.

"Apa aku nak buat ni?"Buat pertama kali,Kelvin mengeluh.Ini bukan sikap sebenarnya kerana Kelvin bukanlah sejenis manusia yang cepat mengalah sebelum bertindak.Dia seorang yang cekal.Tapi bila difikirkan balik,ada betulnya kata-kata Mama.Umurnya sekarang semakin meningkat tapi masih belum ada sebarang calon isteri untuk dibawa dikenalkan pada mama.

Tidak dapat menafikan juga bahawa dia
juga turut mempunyai keinginan untuk berumah tangga cuma sebahagian dari
dirinya mempunyai rasa takut.Takut jika
sudah berkahwin nanti dia tidak dapat
menjadi seorang suami yang terbaik buat isterinya.Sedangkan dia sendiri masih terkial-kial,inikan pula hendak membimbing anak orang lain.

Setelah beberapa minit berfikir akhirnya telefon dicapai lalu nombor mamanya didail,agak lama menunggu sebelum gegendang telinga disapa dengan suara lembut Puan Kay.

"Hello Kelvin,ada apa call mama ni?Mama tengah bersiap nak jumpa dengan kawan mama ni."

"Mama,Kelvin setuju dengan cadangan
mama tu."Dengan satu nafas,Kelvin berkata.Tiada belok-belok dah.

Jujur kata,ini adalah keputusan yang lahir
dari lupuk hati.Bukan semata-mata ingin menjaga hati dan perasaan ibu bapanya.
Mungkin jodohnya sudah sampai seru dan tiada sebab untuk Kelvin menolak.

Suatu ketika dahulu,Kelvin pernah katakan kepada Tengku Aaron bahawa dia tidak kesah sekirannya jodohnya datang kerana aturan keluarga.Dia akan cuba terima sebaik mungkin.Dan sekarang perkara itu telah terjadi.

"Ma...are you okey?."Merasakan tiada
sebarang bunyi dari pihak sana,Kelvin menyoal.Takkan mama pulak yang tak bersetuju.Bukan main Kelvin berfikir
macam nak pecah otak,alih-alih tak jadi
pulak.

"Betul ke yang ma..ma den..gar ni?"Tergagap-gagap Puan Kay bertanya.Tidak tahu sama
ada mahu memberikan reaksi bagaimana.
Nak melompat gembira macam tak sesuai sangat.Apa yang penting,dia betul-betul gembira.Hajat untuk berbesan dengan
kawan baik sendiri akhirnya tercapai.

"Iye,mama.Kelvin serius.Kalau tiada
apa-apa lagi,Kelvin tutup dulu.Banyak
lagi kerja nak buat."Usai meletakkan
noktah pada perbualan mereka,panggilan
terus ditamatkan.Yang selebihnya dia
serahkan kepada Mama saja.

Mama tahu apa yang perlu dibuat selepas ini.

Moga-moga ini adalah keputusan yang terbaik dia putuskan.





Mrs.Kelvin Adyan[C]Where stories live. Discover now