Sepasang abaya yang mempunyai warna senada dengan kurta yang dipakainya
dicapai laju lalu dikeluarkan dari almari.
Abaya tersebut dipandang lama seolah-
olah sedang membayangkan isterinya
mengayakan pakaian ini.Memandangkan sudah kesuntukan masa,
Kelvin hanya capai apa yang ada depan
mata sahaja.Tiada masa untuk memilih
kerana Kelvin sudah berjanji dengan
Adrian bahawa dia akan tiba tepat
pada waktu.Harap-harap isterinya suka dengan
abaya yang dia pilih."Kau pilih baju ke kau buat baju?"
Laju Kelvin mengalihkan pandangan
tatkala mendengar satu suara yang
muncul di depan muka pintu bilik.Lama sangat ke masa yang dia ambil
sampai isterinya sanggup naik ke atas?Bella sedang berpeluk tubuh sambil
anak mata menatap ke arah suaminya
yang sedang beria-ria menggosok pakaiannya."Maaf,Bella.Abang baru nak iron abaya
ni.Lama sangat ke Bella tunggu abang?""Sampai mengantuk aku tunggu kau
dekat bawah itu.Yang kau beria-ria sangat
ajak aku pergi majlis bersanding Adrian
itu kenapa?Kau tinggal jelah aku dekat
rumah sorang-sorang.Bukannya kau tak
boleh pergi sendiri."Selar Bella dengan
nada agak kasar.Memang itu nada suara dan bahasa yang digunakan semenjak sebulan yang lalu.
Apa nak takut.Dia juga tiada menerima sebarang teguran daripada Kelvin,jadi
Bella beranggapan bahawa lelaki itu
hanya redha menerima layanan begitu.Cuma apa yang Bella boleh nampak
adalah wajah kecewa suaminya setiap kali
dia berbicara dalam nada kasar.Perlahan-lahan Kelvin menapak
menghampiri isterinya.Dengan lembut
tangan Bella ditarik lalu mengarahkan
supaya isterinya duduk di birai katil.Meskipun keliru,Bella hanya menuruti
perintah suaminya.Usai Bella labuhkan
duduk di birai katil,Kelvin bertindak
menundukkan kepalanya sedikit lalu
dahi isterinya dikucup lama.Ada sebab
kenapa dia bertindak sedemikian.Semenjak tadi lagi Kelvin cuba menahan
sabar sebaik sahaja mendengar bicara
isterinya yang dianggap biadap.Bukan
kali ini sahaja isterinya bertingkah begitu.Hampir setiap kali Kelvin cuba
menasihati,Bella akan turut sama melawan.Tidak mahu kalah sama
sekali.Dia sendiri sudah buntu dengan
sikap isterinya sendiri.Begitu lah Kelvin setiap kali hendak
marah,dia akan melepaskan kemarahan
tersebut hanya dengan bertindak
mengucup dahi Bella."Bella duduk sini sekejap,ya.Sekejap saja.
Nanti abang datang balik."Usai berkata,
Kelvin bergegas membawa diri.Bella memandang suaminya dengan
pandangan tidak berpuas hati.Hati lelaki
itu diperbuat daripada apa sebenarnya?
Keras semacam.Bila dimaki,Kelvin masih boleh
melemparkan senyuman kepadanya.Bila dimarahi,Kelvin hanya diam.
"Auch.."Tersentak apabila menerima
tendangan daripada anak,spontan
Bella memegang perutnya.Sakit...
Semakin hari semakin aktif anaknya ini.
Hampir setiap malam waktu tidur Bella
terganggu gara-gara ulah si anak.Belum
cakap lagi bila seluruh badan tiba-tiba
terasa sakit.Kalau dulu ada juga suami yang boleh
Bella minta tolong urutkan.Tapi sekarang,
Bella lebih rela tidur dalam keadaan sakit
berbanding mengemis pertolongan
daripada Kelvin.Namun yang menjadikan Bella
tertanya-tanya adalah,hampir setiap
malam akan muncul seorang lelaki
yang mempunyai rupa paras persis
suaminya di dalam mimpi.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...