Seperti yang dirancang,majlis persandingan
Bella serta Kelvin kini dilakukan di sebuah dewan yang terdapat di hotel kepunyaan keluarga Ben.Berbanding dengan majlis
akad nikah,disini lebih ramai tetamu yang diundangi mereka.Kebanyakkan yang hadir pada majlis
akad nikah sebentar tadi adalah ahli
keluarga terdekat sahaja.Kalau disini pula,ramai kenalan business
Encik Kamal serta Encik Razman yang hadir.
Maklumlah orang ternama katakan.Haruslah
dikenali ramai.Tidak lupa untuk mereka mengundang
para-para staff pejabat.Sebelum melepasi pintu masuk,setiap
tetamu akan disambut oleh para pekerja
hotel yang sudah ditugaskan.Kemudian
barulah mereka akan dihantar ke meja
yang sudah ditetapkan.Setiap daripada mereka yang hadir
langsung tidak melepaskan peluang memandang pelamin yang terdapat
di bahagian tengah dewan.Betul-betul menghadap pintu masuk
dewan.Pada bahagian kanan pelamin,turut
disediakan satu piano besar.Bukan
hanya sekadar diletakkan sebagai
perhiasan.Sebaliknya sebentar sahaja
lagi akan diadakan satu persembahan
khas buat pengantin.Dan gerangan yang bertanggujawab
bagi mengendalikan piano tersebut
adalah Ezra.Sepertimana di majlis resepsi Tengku
Aaron suatu ketika dahulu.Kali ini,tugas tersebut diberikan pada orang yang sama.Tema untuk majlis malam ini adalah
gabungan warna biru laut dan putih.Sengaja Kelvin memilih dua warna
ini kerana baginya dua warna itu sedikit-sebanyak memberikan kesan positif
untuk mereka yang hadir.Bibir Bella merekah dengan senyuman.
Terharu melihat setiap dekorasi keadaan
dewan.Percaya atau tidak bahawa semua
ini diuruskan oleh suaminya sendiri.Dia hanya menguruskan bahagian pelamin
sahaja.Sungguh menarik pilihan suaminya.
Terbuktilah bahawabahawa lelaki itu mempunyai satu cita rasa cukup tinggi.
Warna dipilih juga nampak menarik.Tenang saja.
Pinggang ramping Bella tiba-tiba
dirangkul erat oleh sepasang tangan kekar.Gadis itu tersentak.Dikerling
gerangan tersebut melalui lewat ekor
mata.Wajah si suami menyapa pandangan
mata.Kelvin nampak begitu segak dalam
persalinan tuxedo berwarna hitam.
Bibir juga tidak lekang dengan senyuman.
Meraikan para tetamu yang hadir."Dah makan?"Soal Kelvin,sedang mata
tunak memandang ke hadapan.Pelukan
semakin dia kemaskan.Kelvin menundukkan wajah. Mencari
seraut wajah yang tidak puas dipandang.Bella mengeleng.
Mengerti,bibir Kelvin koyak dengan
senyuman."Kalau macam itu,jom kita pergi makan.
Kebetulan saya sendiri pun belum makan
lagi."Dari tengah hari sehingga ke petang,
kerongkangnya belum dapat dibasahkan
dengan air walaupun ia sekadar setitis.Tetamu tidak henti-henti mahu ketemu
dengan pengantin sehari.Dan Kelvin pula
tak sampai hati nak menolak sekirannya
ada yang meminta hendak mengambil
gambar bersama.Setelah itu,tangan Bella dipimpin
penuh berhati-hati.Dia mengiringi
isterinya ke arah sebuah meja yang
terdapat di tengah dewan.Meja tersebut sememangnya telah
disediakan khas buat kawan-kawannya
dan juga buat dia dan isteri.
YOU ARE READING
Mrs.Kelvin Adyan[C]
RomanceKelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini...