PROLOG ✿

8.5K 259 11
                                    

Air mata kembali mengalir apabila melihat dua sosok manusia yang berdiri di hadapannya.

A..apa semua ni? Kenapa aku ya Allah?

Hancurnya hati seorang isteri apabila melihat suami yang dipercayai membawa pulang seorang perempuan sambil berpimpin tangan.

"Si..siapa perempuan tu? Kenapa biy pegang tangan dia? "tanya Arisya.

Sang suami hanya memandang kosong pada sang isteri.

Air mata mengalir deras di pipi tidak dihiraukan yang penting sekarang ni penjelasan. Penjelasan dari sang suami.

Perut yang tidak menampak bentuk itu di usap lembut. Dalam perut ni bukti cinta dia dan suami tapi kenapa? Apa salahnya sehingga membuatkan suaminya curang? Apa kurangnya dia?

"Biy jawab la. Jangan macam ni. " tanya Arisya lagi apabila soalannya tadi di biarkan sepi.

Kalau ada yang kurang kenapa kena diam.

"KAYDEN LEE SAYA TANYA SIAPA PEREMPUAN YANG AWAK BAWA BALIK KE RUMAH KITA NI !" tengking arisya

Kesabarannya semakin tipis apabila melihat wanita itu senyum sinis pada dia.

"Nama dia Lisa bakal isteri aku dan juga bakal madu kau. "Jelas Kayden

Terkedu Arisya selepas mendengar jawapan daripada suaminya.

Pranggg

Hancur hati sang isteri apabila dikhianati oleh suami sendiri.

"Tak awak tipu Kayden.. CAKAP DENGAN SAYA AWAK TIPU!" Jerit arisya lantang.

Tajam mata Kayden memandang Arisya.

"Hey perempuan kau siapa nak kata aku tipu kau tak ada hak tahu. Suka atau tidak keputusan aku tetap sama. Aku akan kahwin dengan Lisa. "Ujar Kayden

Arisya yang mendengar itu terus menggelengkan kepala.

"Tak saya tak nak. SAYA TAK NAK BERMADU. MANA JANJI AWAK YANG DULU ? Awak dah janji yang kita akan sehidup semati sama-sama kan." tutur Arisya dihujung ayat dengan suara yang perlahan.

"Huhh. Tak semua janji boleh ditepati lah. Itu janji waktu aku bodoh , sekarang aku dah jumpa perempuan yang boleh bahagiakan aku. Kan sayang?" kata Kayden tanpa menghiraukan perasaan isterinya.

Lisa yang berdiri di sebelahnya tersenyum malu apabila Kayden memanggilnya sayang.

Arisya terasa dunianya seakan terhenti apabila melihat perilaku suaminya.

'Ya Allah , apa salah aku.' ujar Arisya dalam hati.

"Okey baiklah. Kalau itu yang buatkan awak bahagia, saya izinkan tapi dengan satu syarat." kata Arisya sambil sedaya upaya memaniskan wajahnya. Panggilan mesra seperti dahulu sudah bertukar.

Terjongket naik kening Kayden apabila mendengar kata isterinya.

"Hmm apa syaratnya?" tanya Kayden sambil tangannya naik memeluk pinggang Lisa.

Arisya yang melihat perilaku Hayden itu memberikan senyuman terpaksa. Tangan yang dulu selalu membelainya  tak kira waktu sekarang tangan itu tidak akan membelainya lagi.

'Terima kasih Allah pinjamkan kepadaku suamia seperti Hayden walaupun hanya sementara. Terima kasih atas segala kenangan. Mama minta maaf sayang. Papa dah tak perlukan kita.'

Dengan lafaz bismillah.... Air mata yang mengalir itu di lap perlahan. Nafas ditarik sebelum memulakan bicara.

"Ceraikan saya." tuturnya dengan nada yang tertahan. Walaupun hati tidak mahu, tetapi untuk apa lagi dia memperjuangkan rumah tangganya kerana sang suami sudah beralih arah.

Kayden yang mendengar kata-kata Arisya tersenyum sinis.

"Tchhh. Itu je? Easy." balas Kayden selamba. Arisya senyum lalu mengangguk kepala sambil mengusap lembut perutnya.
Kayden yang mendengar syarat itu tersenyum sinis.

"Bila kau nak sekarang ke? " ujar hayden selamba badak.

Arisya melihat ke dalam anak mata Hayden, mata yang membuat dia jatuh cinta, mata yang pernah memandang dia dengan penuh kasih tapi kini mata itu juga memandang dia dengan penuh benci.

Tanpa dia sedar di mana silapnya sepanjang dia menjadi seorang isteri kepada Kayden? Dan di mana kekurangannya?

"Ya itu je syaratnya"balas arisya tangan di genggam menjadi penumbuk. Dada yang terasa sesak cuba di kawal.

Degupan jantung dada makin laju.

"Baiklah kalau itu yang kau minta"balas Kayden.

Arisya tersenyum manis tanpa menghiraukan air matanya yang mengalir.

'Ya Allah , aku redha.' katanya dalam sambil memejam mata apabila Kayden ingin bersuara.

Selamat tinggal untuk semua kenangan.

"Arisya Mikayla binti Muhammad Anwar aku ceraikan... "














To be continued .....

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸  | COMPLETEWhere stories live. Discover now