----------------------------------------------------
“Trust on their action , not their words .”
----------------------------------------------------
Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku merasakan seperti tangan kananku digenggam oleh seseorang dengan erat. Aku mengamati wajah tersebut. Aku tersenyum nipis.Aku mengangkat tangan kiriku lalu mengusap rambutnya lembut. Pergerakkanku terhenti seketika apabila dia bergerak sepertinya dia terjaga akibat lenanya diganggu.
"Sayang." panggilnya perlahan dengan suara seraknya. Dia memandangku dengan pandangan yang sayu. Aku menghadiahkan senyuman yang nipis.
"A-awak." balasku dengan suara yang tersekat. Terus dia memeluk diriku erat. Aku membalas pelukkannya sambil mengusap lembut belakangnya.
"Aku rindu kau. Rindu sangat." luahnya perlahan tetapi sempat didengari olehku
"Ma-maaf." hanya itu sahaja perkataan yang keluar dari bibirku. Masing-masing mendiamkan untuk melepaskan rindu. Aku bersuara.
"Lama kau tidur sayang. Sunyi hidup aku tak dengar suara kau membebel." ujar Kayden perlahan. Aku hanya tersenyum nipis.
"Berapa lama saya tidur?" tanyaku lembut.
"Tiga hari." jawab Kayden. Aku termangu seketika.
Belum sempat aku ingin bertanya lagi, pintu bilik kami dirempuh oleh seseorang.
"Ari!"
"Adik!"
"Arisya!"
"Babe!"Terkejut kami berdua mendengar suara tersebut. Ini bukan seorang dah ni, tapi ramai orang.
"Mommy, Kay nak..." belum sempat Kayden ingin menghabiskan ayatnya, badannya ditarik oleh mommy sehingga terlerai pelukkannya dari tubuhku.
"Dah you pergi sana. Kasi chance mommy dengan mama pula lepaskan rindu pada Arisya." kata mommy selamba lalu mengambil tempat di sebelah Arisya. Terkumat-kamit bibir Kayden sambil menjeling tajam mommynya sekilas.
Orang pun rindu isteri orang jugak.
"Ingat Kay, I syurga you tau. Congkel mata dengan cangkul kang." perli mommy tanpa memandang kearah Kayden. Lagi bertambah cemberut wajah Kayden.
"Ari okey? Ari ada sakit mana-mana tak?" tanya mommy risau. Aku hanya tersenyum nipis.
"Ari okey my. Jangan risau." jawab Arisya lembut.
"Risau mommy dengan mama tahu tak. Lepas Kayden call terus kitorang bergegas datang sini." ujar mama pulak sambil mengusap lembut belakang tangan anak perempuan tunggalnya. Aku hanya tersengih comel.
"Ehemm, ehemmm. Boleh kitorang masuk?" tanya Luthfan dari luar bilik. Mereka yang berada di dalam bilik tersebut tergelak kecil. Lupa pulak dengan tiga ketul petai dekat luar tu.
Lalu Kayden bergerak ke arah wardrobe untuk mengambil tudung buat isterinya. Dia mengambil tudung sarung lalu bergerak menghampiri isterinya. Dia memakaikan untukku. Sempat lagi dia mencium bibirku sekilas dihadapan ahli keluarga kami.
"Kayden Lee." panggil dengan suara dalamnya seperti marah lalu mommy menampar lembut lengan anak lelaki tunggalnya. Kayden mencebik.
"Orang kiss je pun." jawab Kayden lalu dia bergerak berdiri sebelah daddynya. Arrayan menggosok perlahan belakang Kayden bagi menenangkan Kayden.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...