Arisya dan sahabatnya yang lain keluar bersama-sama yang seperti mereka sudah janjikan.
Girl's Day out 💅🏻
"Dah lama kan kita tak keluar sama-sama." kata Adni sambil memandang wajah sahabatnya satu persatu dengan senyuman yang manis.
Kini mereka berhenti di sebuah restaurant yang mereka sering lepak semasa zaman kolej dahulu.
"Ha'a kan. Ye la masing-masing ada yang dah kahwin dan ada juga yang bakal berkahwin." kata Luna pula. Masing-masing mengangguk kepala tanda setuju.
Makanan yang mereka pesna sudah tiba lalu masing-masing menjamu selera sambil bertukar cerita.
"Ari. Selera betul kau makan. Banyak juga yang kau order." tegur Adni yang dari tadi lagi melihat tingkah Arisya. Terkelu Arisya apabila ditegur oleh Adni.
"Ha'a. Aku perasan juga. Kau okey tak?" celah Aura.
"Saya okey. Kenapa? Saya dah nampak gemok ke?" tanya Arisya sambil membelek dirinya.
"Kau takde la gemok pun. Tapi aku perasan sekarang badan kau semakin berisi sikit." ujar Adni.
"Kau pregnant ke?" tanya Luna. Terdiam mereka semua. Arisya meggeleng kepala tanda tidak tahu.
"Lepas ni kita pergi klinik , kau balik check. Mana tahu mulut si Luna ni masin." ujar Adni. Arisya mengangguk kepala tanda setuju.
Sedang ralit dia menjamu selera, dia terpandang satu sosok yang berjalan di hadapan restaurantnya sambil diikuti oleh seorang perempuan yang sangat seksi di belakangnya.
Aura yang perasan air muka Arisya berubah turut memandang kearah tersebut. Terus berubah riak wajahnya. Dari tersenyum gembira berubah marah.
Arisya menundukkan kepalanya lalu menyambung makan sambil menahan air matanya dari mengalir.
Aura mengambil tangan Arisya lalu menggenggam kuat tangannya bagi memberi semangat. Arisya masih diam berkutik.
'Awak tipu saya.' ujarnya dalam hati dengan perasaan yang bercampur baur.
°°°°°°°°°°°°°°°°°
Luthfia membuka matanya perlahan. Dia mengerlip matanya seketika. Dia memandang sekeliling sebelum dia bangun perlahan-lahan lalu bersandar di kepala katil.
'Bilik sape ni?' soalnya dalam hati.
Dia meneliti setiap ruangan bilik yang tersusun kemas itu.
Cantik.
Kemas.
Elegant.Klack!
Kedengaran pintu bilik tersebut terbuka. Terus kepalanya memandang kearah muka pintu. Dia menunggu dengan sabar ingin melihat gerangan tersebut.
Apabila terbukanya pintu, terpampang wajah seorang perempuan yang sangat manis sambil membawa sebuah dulang.
Luthfia mengamati wajah tersebut dan yaa dia teringat. Perempuan tersebutlah yang bersama dengan Amir di mall semalam.
'Girlfriend Amir'
Dia menunduk perlahan sambil bermain dengan antara dua jarinya.
"Feeling better?" tanya perempuan tersebut sambil meletakkan dulang di atas meja yang sudah tersedia khas di dalam bilik itu.
Luhtfia hanya mengangguk kepala perlahan.
"Dari semalam lagi awak pengsan." beritahu Amirah sambil tersenyum manis. Luthfia hanya membalasnya dengan senyuman yang nipis.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
AcciónBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...