21

3.8K 118 7
                                    

Pada malam itu, Arisya duduk melunjur di atas katil sambil mengurut lembut kakinya akibat terjatuh di sebabkan kejadian tengah hari tadi.

Tiba-tiba kepalanya menerewang mengingati akan perbualannnya bersama wanita tersebut.

Flashback ~~~~~

"Kau."

"You."

"Oh my God. You buat ape dekat mall mahal ni. You ade duit ke?" perli Lisa sambil memandang sini kearah Arisya.

Arisya hanya diam terkutik.

"Bukan urusan kau." bidas Zara.

"Opss. Sorry I lupa. You kan ISTERI  CEO Kay Enterprise so tak hairan la kan you nak bershopping dekat sini. Huhh dasar kaki kikis." perli Lisa sinis.

"So? Aku ada pinjam duit kau ke? Takde kan. Yang kau bitter sangat kenapa. Ke kau jelous sebab Kayden tak pilih kau tapi dia lebih pilih aku." balas Arisya berani sambil tersenyum sinis.

Yang lain tersenyum sinis mendengar bidasan Arisya. Lisa sedaya upaya mengawal riaksi wajahnya.

"Hey, lelaki boleh kahwin empat tau. You kena ingat, bila-bila masa je Kayden tu boleh berubah hati datang melutut dekat I." ujar Lisa sambil memandang Arisya dengan pandangan yang penuh muslihat.

"Jangan cakap perempuan gila ni, nak guna ilmu hitam sudah. Kampung sangat." ujar Jimmy perlahan tetapi sempat didengar oleh Lucas dan Grey. Mereka berdua menahan ketawa dari meletus.

Sebelum Lisa beredar sempat dia berbisik sesuatu kepada Arisya.

"You wanna know why Kayden  busy and selalu balik lambat lately ni? Dia selalu keluar dengan I." bisik Lisa perlahan sambil tersenyum sinis sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Arisya yang berdiri kaku disitu.

End Flashback ~~~~~

Sedang ralit dia mengingati kejadian tadi, dia merasakan seperti pahanya diusap perlahan oleh seseorang.

Dia melihat wajah tersebut yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

'Kayden tak curang dengan aku kan.' Ujarnya dalam hati.

Lama dia memerhati sehingga tidak sedar Kayden memicit hidungnya lembut.

"Kenapa tengok biy macam tu sayang? Nak biy ke? Eh boleh je. Sekarang pun boleh." kata Kayden sambil tersengih gatal.

Arisya memincing mata kearah Kayden lalu dia mencubit paha Kayden yang hanya dibaluti short pants.

"Aduh sayang." Kayden mengaduh sakit lalu menggenggam tangan isterinya yang mencubitnya sebentar tadi.

Huh ketam di darat sangat sakit ya anak-anak. Bisanya jari perempuan, jangan dibuat main.

"Main-main lagi kan." ujar Arisya cemberut. Kayden tergelak kecil sebelum dia mengambil alih kerja isterinya. Dia melihat kaki isterinya yang agak kemerahan sedikit.

"What happened actually? Mind to tell me?" tanya Kayden.

"Takde ape la biy. Sikit je ni. Esok-esok sembuh la kaki sayang ni." ujar Arisya bagi mengelak menceritakan hal tadi.

Kayden hanya diam sambil mengurut lembut kaki isterinya manakala Arisya masih memikirkan kata-kata Lisa ketika kejadian tadi. Kayden meminta diri untuk menyambung membuat kerjanya di pejabat bersebelahan bilik tidur mereka. Arisya menghantar langkah melalui ekoran matanya. Fikirannya bercelaru. 

Arisya mengambil keputusan untuk tidur. Dia tidak mahu fikiran negatifnya mengancam rumah tangganya. Dia percayakan Kayden. Dia membaca doa sebelum dia menutup matanya perlahan-lahan. 

𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸  | COMPLETEWhere stories live. Discover now