15 tahun kemudian ~~~~~
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Tahun berganti tahun. Masing-masing sudah meningkat usia.
Karl dan Kafil sudah menjangkaui umur 20-an. Audrey dan si kembar sudah memasuki sekolah menengah.
Kini Kayden dan Arisya mempunyai 5 orang anak. 2 pasangan kembar dan seorang perempuan tunggal.
- Ariz Karl Matin : 25 tahun (abang)
- Aamir Kafil Matin : 25 tahun (adik)
- Audrey Kayra Medina : 17 tahun
- Affan Maersa Hamka : 16 tahun (abang)
- Arraz Mirren Hamka : 16 tahun (adik)Audrey dan adik kembarnya menunggu si abang menjemput mereka dari sekolah dengan sabar.
"Ish mana abang Kafil ni. Dah la panas. Lembab betul lah abang Kafil. Ini yang tak suka kalau abang Kafil cakap dia yang nak ambil." rungut Audrey.
"Sabar la kak. Nanti abang Kafil sampai la tu." balas Arraz. Affan mengangguk kepala tanda setuju. Audrey menjeling menyampah.
"Abang Kafil memang selalu lambat kan. Bukannya sekali dua dia sidai dekat sini. Dah banyak kali kan. Nanti dah sampai mula lah alasan di luar otak. Kereta buat hal lah, tayar pancit lah, minyak terkeluar dari tangki lah. Ada je alasan dia." bebel Audrey. Arraz dan Affan hanya mampu mendiamkan diri mendengar bebelan sang kakak.
Terlihat sebuah kereta merc berwarna hitam menghampiri perkarangan sekolah elite tersebut. Wajah Audrey bertukar merah. Kelihatan seorang jejaka keluar dari kereta sambil berlari anak menghampiri adik-adiknya.
"Sorry korang lambat. Tadi abang Kaf..." belum sempat dia menyudahkan ayatnya Audrey memotong laju.
"Kenapa? Stereng tercabut ke?" sindir Audrey. Kafil hanya tersengih bersalah. Sebenarnya dia baru sahaja pulang dari dating. Kelam kabut dirinya apabila melihat jam sudah menunjukkan 3.30 pm.
Dengan pantas dia memecut laju ke sekolah untuk menjemput adik-adiknya.
"Hehehehehe." itu sahaja respon dari Kafil. Audrey menjeling geram sebelum dia bergerak ke kereta abang kembarnya itu sambil diikuti yang lain dari arah belakang.
Skip ~~~~~
Semua ahli keluarga Kayden Lee berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Masing-masing bercerita rutin harian mereka. Kayden dan Arisya hanya mendengar cerita anak-anak mereka dengan penuh sabar. Sekali sekala mereka tergelak kecil mendengar cerita lucu dari si Kafil dan si kembar. Karl hanya beriak biasa.
"Papa tahu tak, tadikan abang Kafil datang ambil kitorang lambat lagi. Dah la sidai kitorang lama. Pergi mana entah." ngadu Audrey sambil menjeling tajam ke arah abang keduanya.
Kafil yang mendengar aduan dari adik perempuan tunggalnya itu membalas jelingan tersebut.
Aiii mengadu pulak budak ni.
"Kamu pergi mana Kafil?" tanya Kayden dengan nada yang terselit sedikit serious.
"Errrr."
"Kamu pergi dating lagi ke? Dah berapa banyak perempuan yang kamu keluar dengan diorang?" tanya Kayden lagi. Kafil hanya mampu mendiamkan diri.
Dia terjerut dengan soalan papanya.
Arisya hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak mahu masuk campur urusan tersebut. Sudah berbuih dia menasihati anak lelakinya itu tetapi masih lagi tidak mendengar kata. Kini dia membiarkan suaminya itu menasihati Kafil.
Yang lain turut mendiamkan diri. Audrey yang melihat wajah Kafil itu berubah merasa bersalah. Dia hanya ingin mengenakan abangnya tetapi dia tidak menjangka akan jadi seperti ini.
YOU ARE READING
𝑀𝑅𝑆. 𝐾𝐴𝑌𝐷𝐸𝑁 𝐿𝐸𝐸 | COMPLETE
ActionBOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya. 'Kau ni kan, jangan lari boleh tak? Aku sekeh jugak kang.' kata Hayden. Gadis itu hanya tersengih...